web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Johor Tak Pernah Keluar Kenyataan Mengenai ‘Kerajaan Johor’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 4:59PM

Sultan Johor bertitah baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdaya rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ menerusi laman media sosial - Gambar Facebook The Royal Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdaya rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ menerusi laman media sosial.

Perkara itu ditegaskan baginda menerusi kenyataan di Facebook, The Royal Johor hari ini.

Titahnya, kenyataan itu adalah dakwaan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi pelbagai aplikasi media sosial.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda atau Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan Royal Press Office.

“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini.

“Saya sudah menitahkan Royal Press Office untuk sekali lagi membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah baginda.

Terdahulu, tular gambar poster memaparkan Sultan Ibrahim dan bendera Johor dengan kata-kata ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ yang turut tertera nama baginda kononnya sebagai mengeluarkan titah itu. - Getaran, 30 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan