web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiba Seawal 5 Pagi Demi Saksikan Sambutan Kemerdekaan Depan Mata

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 8:15AM

Orang ramai sudah membanjiri Dataran Merdeka, seawal 5 pagi tadi. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun jam baru menunjukkan 5 pagi, Dataran Merdeka di sini, sudah mula meriah dengan kehadiran orang ramai yang cukup teruja untuk bersama-sama meraikan sambutan utama Hari Kebangsaan 2022 di situ.

Tinjauan Getaran mendapati, kira-kira 500 orang sudah tiba di lokasi itu walaupun acara sambutan dijangka bermula pada jam 8 pagi.

Kehadiran awal berkenaan bukan sahaja bagi memastikan mereka berpeluang meraikan detik membanggakan itu ‘di depan mata’, malah mahu mendapatkan tempat di ‘grandstand’ untuk menyaksikan acara tersebut dengan lebih jelas.

Bagaimanapun, di sebalik keterujaan, orang ramai tidak mengetepikan aspek keselamatan ketika musim COVID-19 kini apabila mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengenakan pelitup muka.

Selepas dua tahun tidak diraikan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, sambutan Hari Kebangsaan 2022 dijangka menerima sambutan ‘luar biasa’ dan cukup meriah, dengan kehadiran orang ramai yang sudah tentu teruja meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

Penglibatan hampir 20,000 peserta dalam pelbagai persembahan di acara utama sambutan itu, pastinya menjadikannya penuh gilang-gemilang. - Getaran, 31 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini