web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Sistem Permohonan Rumit, ‘Tidak Mesra’ Punca Restoran Mamak Kekurangan Pekerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 8:55PM

Kekurangan pekerja mengakibatkan terdapat segelintir restoran mamak terpaksa mengubah ‘konsep’ perniagaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun hampir lima bulan kerajaan membenarkan restoran mamak beroperasi 24 jam selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik pada 1 April lalu, masih ada pengusaha premis itu berdepan kesukaran melaksanakannya ekoran kekurangan pekerja.

Malah, isu terbabit seolah-olah tiada kesudahan apabila luahan dan rayuan pengusaha premis supaya kekurangan tenaga kerja itu diatasi secepat mungkin bagi mengelakkan situasi lebih buruk, termasuk menjejaskan ‘periuk nasi mereka’ seperti tidak diambil serius.

Jika dilihat, semakin bertambah jumlah premis yang mengehadkan tempoh operasi perniagaan, selain segelintir pengusaha menutup sementara premis dan lebih menyedihkan ada pula terpaksa gulung tikar, seperti diakui Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Beliau berkata, kekangan dialami pihak pengusaha restoran mamak dalam menyediakan pekerja mencukupi adalah disebabkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang terlalu rumit daripada aspek permohonan.

Katanya, ia disebabkan semua dokumen perlu diimbas dan dimuat naik mengikut saiz ditetapkan.

“Jika permohonan dalam skala besar, sistem ini akan ditolak secara automatik.

“Malah, adakala sistem ‘sangkut’ dan ini menyukarkan lagi kami untuk membuat permohonan dalam talian,” katanya kepada Getaran.

Jawahar Ali berkata, lebih mengecewakan apabila pihak pengusaha premis mahu mengemukakan persoalan mengenai permohonan atau pengambilan pekerja, tetapi ia sukar ‘sampai’ kerana talian portal itu sering sibuk.

“Ini menyusahkan kami untuk menghantar permohonan atau mengetahui maklumat sebenar seperti diperlukan pihak penyedia sistem, sekali gus menyebabkan usaha mendapatkan pekerja asing mencukupi masih tidak berjaya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kekurangan pekerja itu mengakibatkan terdapat segelintir restoran mamak terpaksa mengubah ‘konsep’ perniagaan mereka apabila menawarkan perkhidmatan untuk waktu pagi semata-mata.

“Kekurangan terbabit turut menyebabkan perniagaan terjejas dari segi perkhidmatan dan kualiti kerana kekurangan pekerja merencatkan pengoperasian mereka,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, situasi itu menyebabkan premis tidak dapat memberikan perkhidmatan dan layanan sebaik mungkin kepada pelanggan.

Malah, semakin menyedihkan apabila PRESMA mendedahkan, lebih 2,000 restoran mamak terpaksa menutup operasi dalam tempoh dua tahun terkini, antaranya disebabkan isu kekurangan tenaga kerja yang menjadi penyebab utama.

Justeru, Jawahar Ali menggesa kerajaan menyegera dan mempermudahkan proses kemasukan pekerja asing ke negara ini bagi mengatasi isu terbabit.

Tindakan kerajaan itu, katanya, mampu meringankan beban dihadapi pengusaha restoran yang mahu menjalankan perniagaan 24 jam sehari, seperti sebelum negara dilanda pandemik.

“Buat masa ini permintaan memang tinggi daripada pelanggan, namun kekurangan pekerja menjadi kekangan besar dalam kalangan pengusaha restoran mamak untuk menjalankan operasi sebaiknya.

“Isu kekurangan pekerja menjadikan rezeki depan mata ini boleh terjejas,” katanya.

Keluhan sama diluahkan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), J Suresh yang mendakwa bahawa permohonan menerusi portal FWCMS melecehkan.

Jelasnya, ketika ini, pihak pengusaha bidang makanan dan minuman itu, memerlukan lebih daripada 30,000 pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja premis di seluruh negara.

Suresh berkata, isu berkenaan sudah dikemuka pihaknya kepada Menteri Sumber Manusia, namun jawapan diterima adalah ia akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat.

“Kami mencadangkan supaya sebelum sebarang keputusan dibuat kementerian, persatuan berkaitan bidang ini, termasuk PRIMAS dan PRESMA dipanggil menghadiri libat urus supaya hasil dimuktamadkan nanti mampu mengatasi masalah terbabit serta mempermudahkan semua pihak,” tegasnya.

Beliau berkata, hal itu memandangkan sebarang kerugian dialami nanti, bukan hanya memberi kesan kepada pengusaha, malah terhadap semua pihak, termasuk pembekal dan pekerja restoran.

“Justeru, kami berharap Jabatan Tenaga Kerja memandang permohonan kami secara serius supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Menuju Ke Dekad Digital Emas, Perlukan Lebih Ramai Tenaga Kerja Dan Pakar - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Selesaikan Segera Pembekuan Pekerja, Jalankan Kerjasama Malaysia-Indonesia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia