web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:23PM

Anthony Loke berkata setakat ini, kerja pengorekan Terowong Genting pertama telah mencapai kedalaman 2,602 meter (m) manakala 2,497 m untuk Terowong Genting kedua - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, sepanjang 16.39 kilometer yang melintasi Banjaran Titiwangsa dijadualkan dicapai pada suku kedua 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kerja pengorekan terowong dengan menggunakan mesin Tunnel Boring Machine (TBM), yang menjadikan Terowong Genting sebagai terowong ECRL pertama menggunakan kaedah itu berbanding kaedah gerudi dan letup seperti terowong lain, bermula sejak Jun lepas manakala pengorekan Terowong Genting kedua bermula November tahun sama.  

"Setakat ini, kerja pengorekan Terowong Genting pertama telah mencapai kedalaman 2,602 meter (m) manakala 2,497 m untuk Terowong Genting kedua," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan terowong itu di sini hari ini.

Loke juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL
Loke juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Loke juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL, kerana melengkapkan jambatan darat (land bridge) bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, selain menghubungkan penumpang Pantai Timur ke Gombak. 

Mengulas mengenai kerja pembinaan ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665 kilometer, Loke berkata setakat Mac lepas, ia telah mencapai tahap kemajuan 42.06 peratus manakala pencapaian semasa untuk penyertaan tempatan ECRL ialah 96 peratus daripada anggaran RM10.8 bilion kerja awam. 

Loke juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan
Loke juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan

Beliau juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan, mengambil kira ia melibatkan lebih 17,000 tenaga kerja di 350 tapak kerja utama. 

"Pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah mutlak dan tidak boleh diabaikan. Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan selamat tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan pekerja," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang