web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tablet Percuma: Rosak Boleh Terus Diganti, Asalkan Jangan Jual… - Annuar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:44PM

Annuar bersama Perdana Menteri Ismail Sabri di Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UiTM Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan supaya pelajar tidak perlu ‘pening kepala’ sekiranya PerantiSiswa diterima mereka mengalami kerosakan.  

Beliau berkata, ini kerana mereka boleh menghantar tablet berjenama terkenal itu ke pusat perkhidmatan bagi memperoleh unit baharu.

“Kalau tenggelam banjir, kebakaran atau musibah, keluarga juga tidak perlu risau kerana peranti lain akan diberikan secara berterusan.

“Asalkan jangan jual di Low Yat, kemudian datang tuntut yang baru. Pembelajaran tidak terganggu kalau peranti rosak kerana ia akan cepat diganti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini.  

Majlis tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media yang diadakan selepas majlis perasmian itu, Annuar menjelaskan, kerajaan menyediakan sebanyak 400,000 unit PerantiSiswa untuk tahun ini.

“Untuk fasa satu, pihak kerajaan menerima 100,000 permohonan daripada mahasiswa B40, selain fasa kedua juga masih dibuka. Ini untuk program tahun 2022. Bila masuk tahun depan, kita kena kira lain.  

“Bergantung kepada bajet akan datang. Ini apa yang diumumkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2022,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai permohonan berkenaan yang dilaksanakan secara berfasa, Annuar berkata, ia perlu dilakukan kerana ketika proses perolehan peranti terbabit, tiada pihak mahu membekalkan 400,000 unit sekali gus.

“Yang keduanya pelajar itu tempoh pelajarannya berbeza-beza kerana ada masuk September.

“Dengan cara ini kita memberi peluang pelajar baharu yang masuk untuk memohon. Kalau buat sekali gus Mei, tak berpeluang dapat.

“Kita pernah lakukan sebelum ini untuk bagi sekali gus namun ketika itu tak selesai pun,” katanya. - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini