web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azalina Letak Jawatan: PM Enggan Jawab, Hanya Maklum Terima Keputusan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 9:25PM

Azalina Othman Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengelak daripada menjawab punca peletakkan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai penasihatnya, selain memaklumkan beliau menerima keputusan itu.

“Beliau meletakkan jawatan dan saya menerimanya,” katanya ringkas ketika ditanya media selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di sini, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada 1 September lalu, mengesahkan perletakkan jawatan Azalina sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahli Parlimen Pengerang terbabit menghantar surat perletakkan jawatannya pada 29 Ogos lalu.

Peletakkan jawatan Azalina itu susulan kritikannya ketika berucap pada Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO pada 27 Ogos lalu, yang mana beliau berkata Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang Perdana Menteri’.

Perhimpunan khas itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes rayuan akhir mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengelak daripada menjawab persoalan berhubung dakwaan perjanjian antara beliau dan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan pelantikan Peguam Negara.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Ismail Sabri sekadar menjawab ia adalah berita lama.

Terdahulu, mantan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, wujud perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin membabitkan pelantikan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Lokman berdepan pertuduhan kerana memuat naik perkongsian yang memburukkan Ismail Sabri serta kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, pula dilaporkan berkata, tiada sebarang perjanjian berhubung pelantikan Peguam Negara melainkan hanya mengenai penubuhan Kabinet dan perkara berkaitan pilihan raya. - The Vibes, September 3, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 RUU Mansuh Kesalahan Cubaan Bunuh Diri Dibentang Tepat Pada Masanya

4

Politik 1 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang