web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terus Membisu, Kerajaan Sepatutnya Sudah Lantik Duta Ke Indonesia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2022 7:06AM

Terdahulu, nama Tajuddin Abdul Rahman hangat diperkatakan selepas tidak tertera dalam senarai penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang berlangsung di Istana Negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempercepatkan proses pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh, berikutan sudah lebih setahun jawatan itu kosong.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, dalam aspek hubungan antara kedua-dua negara, Malaysia perlu memiliki perwakilan untuk membantu mempermudahkan urusan dan melindungi warganegara. 

Beliau mempersoalkan sekiranya tindakan masih tidak melantik duta Malaysia ke Indonesia itu membuktikan kerajaan tidak serius menangani perkara terbabit, sedangkan negara ini mempunyai banyak isu bilateral perlu diselesaikan.

 Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail
Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Fail

“Antaranya ialah isu pembantu rumah, perdagangan, kebudayaan, pendidikan, pengiriman tenaga kerja, pertahanan, pertumbuhan wilayah ekonomi, kesihatan, pelancongan, ancaman keselamatan dan tuntutan bertindih yang perlu kita selesaikan bersama. 

“Kita juga perlukan duta untuk melindung warganegara kita di Indonesia yang menghadapi masalah dari segi hukum, perniagaan dan lainnya. Kita memerlukannya untuk melakukan promosi dan negosiasi melalui hubungan diplomatik dengan Indonesia.

“Namun, dalam konteks Indonesia, kita tidak mempunyai duta ke negara tersebut sejak 4 April 2021 lagi apabila Datuk Zainal Abidin Bakar bersara. Ini bermakna sudah satu tahun lima bulan Malaysia tidak mempunyai duta di negara berkenaan,” katanya kepada Getaran hari ini. 

Mohammad Agus yang kini bertugas di sebuah Universiti di Gorontalo, Indonesia mempersoalkan mengapa kerajaan terus membisu selepas membatalkan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta ke Indonesia.

“Sejak itu, berita tentang duta kita ke Indonesia diam. Kita tidak mendengar khabar tentangnya. 

“Kebetulan pula saya menetap di sini sekarang dan hal inilah yang kami bincangkan apabila bertemu. Sudah setahun lima bulan jawatan duta kita tidak diisi,” katanya. 

Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan seolah-olah kerajaan menganggap hubungan diplomatik tidak penting dan seharusnya kelemahan tersebut tidak berlaku.

“Susah sangatkah mencari calon sesuai? Saya fikir, kita mempunyai ramai pemimpin atau pegawai yang layak dan memenuhi kriteria sebagai seorang duta. Lantiklah secepatnya,” katanya. 

Status pemilihan Tajudin sebagai duta ke Indonesia kini menjadi tanda tanya kerana setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung laporan mendakwa Tajuddin digugurkan - Gambar Fail
Status pemilihan Tajudin sebagai duta ke Indonesia kini menjadi tanda tanya kerana setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung laporan mendakwa Tajuddin digugurkan - Gambar Fail

Selain itu, beliau berpandangan duta yang dilantik perlu mempunyai latar belakang pendidikan sesuai bagi mengharumkan nama Malaysia di negara luar. 

Menurut beliau, individu dilantik itu juga perlu memahami sepenuhnya bidang tugas dipikul, selain mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai Indonesia. 

“Duta dilantik juga perlu memahami aspirasi negara kita, mempunyai peribadi tidak sombong dan peka kepada warga yang memerlukan khidmat kedutaan. 

“Beliau juga perlu mempunyai keupayaan untuk mempromosikan negara, melindungi kepentingan warganegara Malaysia dan menyelesaikan konflik bilateral antara dua negara,” ujarnya.

Terdahulu, nama Tajuddin hangat diperkatakan selepas tidak tertera dalam senarai penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang berlangsung di Istana Negara. 

Perkembangan itu terus menimbulkan tanda tanya mengenai status pemilihan beliau sebagai duta ke Indonesia, walaupun ia diumumkan kerajaan sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung laporan mendakwa Tajuddin digugurkan.

Tajuddin sebelum ini juga pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi pada November tahun lalu

Pada Jun lalu, Tajuddin mengesahkan beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. - Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini