web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sungai Kupang Melimpah Buat Kali Ketiga, Lumpur Masuki Rumah Penduduk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 10:33PM

Paras air dilaporkan naik sehingga melepasi jambatan Bailey - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Penduduk Kampung Iboi serta kawasan sekitar yang pernah melalui pengalaman menakutkan akibat kejadian aliran puing dan banjir lumpur yang meragut tiga nyawa pada 4 Julai lalu terus dilanda kebimbangan apabila Sungai Kupang yang mengalir dari Gunung Inas, sekali lagi melimpah hingga memasuki rumah sebahagian mereka hari ini. 

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Iboi (PKAI), Dr. Mohd. Syuhaimi Zakaria berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat selama lebih sejam sejak kira-kira jam 5 petang tadi. 

Menurutnya, beliau difahamkan jambatan Bailey yang dibina sementara untuk membantu penduduk merentasi sungai tersebut serta beberapa tiang elektrik di kawasan berkenaan turut senget akibat kejadian tersebut. 

"Ini merupakan kali ketiga kejadian seumpamanya berlaku selepas tragedi pada 4 Julai dan air naik pada 28 Julai lalu. Tetapi kejadian kali ini tampak lebih buruk berbanding limpahan air yang berlaku pada 28 Julai lalu. 

"Para penduduk telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang dekat sini. Ketika ini air sudah surut namun kalangan penduduk sememangnya bimbang dengan apa yang berlaku," katanya. 

Melalui video yang tular di media sosial, jelas dapat dilihat bagaimana air yang berwarna kemerahan melimpah hingga menutupi jambatan bailey tersebut. 

Menurut Syuhaimi, air sungai yang masuk ke rumah penduduk turut membawa lumpur. 

Katanya, kejadian tersebut wajar dilihat sebagai isyarat kepada kerajaan negeri serta pihak berwajib, supaya menyegerakan cadangan dikemukakan kementerian tertentu, bagi memastikan tragedi aliran puing serta banjir lumpur tidak berulang. 

"Antara cadangan utama yang perlu dilaksanakan segera adalah mendalamkan Sungai Kupang itu sendiri. Sehingga kini, belum ada tanda menunjukkan usaha itu sedang dijalankan secara serius. 

"Sebelum ini kerajaan meminta penduduk menerima laporan dibentangkan itu tetapi apabila datang kepada cadangan penyelesaian, tidak pula ia dilaksanakan secepat seperti diharapkan," katanya.

Pada 4 Julai lalu, berlaku tragedi menyayat hati apabila tiga nyawa melayang akibat aliran puing dan banjir lumpur terdiri daripada seorang ibu hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan, 23; adik iparnya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, serta ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, yang lumpuh. - Getaran, 6 September 2022. 


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki