web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Seludup Diesel Bersubsidi Lebih RM7 Juta Tumpas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:13PM

Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG – Polis menahan tiga lelaki rakyat tempatan dipercayai terbabit penyelewengan diesel bersubsidi dan merampas barangan kumpulan berkenaan yang bernilai lebih RM7 juta, termasuk 70,000 liter minyak itu menerusi Op Kontraban di Pandamaran, Klang, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, selain tiga lelaki itu, polis menahan seorang warga asing dalam serbuan sama.

Menurutnya, barangan lain yang dirampas adalah sebuah tongkang, lori tangki diubahsuai, sebuah kereta dan pelbagai jenis peralatan untuk proses pemindahan diesel.

“Serbuan tersebut adalah hasil risikan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM7.59 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Skandaguru berkata, operasi seperti itu akan terus dijalankan, bagi membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel atau barangan bersubsidi lain yang mengakibatkan kerugian kepada negara.

“Komitmen PDRM membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan diteruskan dengan kolaborasi pencegahan serta penguatkuasaan bersama.

“PDRM menasihatkan mereka yang terlibat agar menghentikan aktiviti ini kerana tiada kompromi diberikan, malah pihak kami akan terus menjejaki mereka,” tegasnya. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang