web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KLAB 21 Ubati Rindu Pencinta Buku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2021 4:29PM

KLAB anjuran The Patriots dengan kerjasama KLWBC akan berlangsung mulai hari ini sehingga Ahad. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) diyakini mampu mengubat rindu pencinta buku, selepas tidak dapat menghadiri acara seumpama itu sejak negara diancam pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur KLAB 2021, Syazrul Aqram berkata acara berkenaan adalah satu alternatif bagi menyokong  penerbit buku kecil dan sederhana di Malaysia.

Menurut beliau, KLAB 2021 bakal menawarkan potongan harga istimewa untuk semua jenis buku, malah pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

"Boleh dikatakan semua penerbit akan menawarkan harga diskaun yang istimewa dan saya pasti, ia mampu menarik kehadiran ramai pencinta buku.

"Sejak sekian lama, pencinta buku merindui suasana di pesta buku dan KLAB 21 akan mengubat kerinduan itu," katanya kepada Getaran.

Ketua Sekretariat KLWBC, Anwar Mohd Zain melihat buku-buku yang dipamerkan di KLAB 2021. - Gambar oleh Syeda Imran .
Ketua Sekretariat KLWBC, Anwar Mohd Zain melihat buku-buku yang dipamerkan di KLAB 2021. - Gambar oleh Syeda Imran .

Dianjurkan oleh Persatuan Patriots Malaysia (The Patriots) dengan kerjasama Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC), ia berlangsung sehingga Ahad, bermula hari ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Sekretariat KLWBC 2020 iaitu Anwar Mohd Zain yang juga Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Syazrul Aqram berkata, acara tahun ini diadakan pada skala lebih kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di ibu negara.

"Memandangkan tidak terdapat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur secara fizikal diadakan sejak tahun lalu, KLAB 2021 ialah satu acara yang tidak patut dilepaskan,” katanya.

KLAB 21 membabitkan 19 penerbit, antaranya Patriots Publishing, Fixi, Iman Publications, PTS dan Karangkraf. Ia akan diadakan di Sunway Putra Mall, di sini.

Ia turut dimeriahkan dengan penganjuran beberapa forum yang antara lain, disertai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.  - Getaran, 9 April 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka