web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kos Sara Hidup Masih Meningkat, Bubar Sahaja Pasukan Khas Inflasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Sep 2022 8:50PM

Chua Wei Kiat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan buat kerajaan untuk membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi secara serta merta, atas kegagalan menangani kenaikan kos sara hidup rakyat secara holistik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, Jemaah Menteri harus bertanggungjawab atas kegagalan pasukan itu dalam menangani isu yang ketika ini amat membebankan rakyat.

Menurut beliau, kegagalan terbabit juga terbukti selepas inflasi pada Julai lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pasukan itu yang diketuai Tan Sri Annuar Musa telah menunjukkan kepada rakyat kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah inflasi negara, bahkan mereka telah gagal dan makan gaji buta dalam menjalankan tugas.

“Biasanya budak intern (pelatih) akan diberi waktu tiga bulan untuk membuktikan kemampuan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberi, namun malangnya pasukan itu sejak akhir Jun jelas gagal jalankan tugas, maka tidak perlu bermain Tai Chi untuk menutup kegagalan beliau lagi.

“Perdana Menteri UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, namun selepas lebih tiga bulan ditubuhkan, apa yang rakyat dapat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut beliau, Annuar sebelum ini pernah berkata bahawa pasukan yang diketuainya tidak terhad untuk menangani isu berkaitan harga barang sahaja tetapi usaha mengatasi inflasi secara keseluruhan.

Namun jelasnya, walaupun rakyat maklum bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) namun ia adalah antara faktor peningkatan kos sara hidup, terutamanya kenaikan harga barang.

“Dalam waktu beberapa bulan ini, usaha yang dijalankan oleh Annuar lebih kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia, jaminan bekalan ayam bagi pengguna domestik yang mencukupi, serta sasarkan harga minyak masak turun.

“Bagi saya, program bekalan dan harga minyak masak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, pasukan berkenaan tidak memberi nilai tambah kepada rakyat.

“Hal ini juga membuktikan pasukan jihad pimpinan Annuar Musa tidak membawa sebarang nilai tambah kepada rakyat Malaysia yang terkesan,” katanya. - Getaran, 14 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan