web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Legasi Samy Vellu Akan Dirindui Seluruh Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2022 3:06PM

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar (kanan) menyapa anak mendiang, Datuk Seri S Vell Paar sebelum memberi penghormatan terakhir. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemergian mantan Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada parti itu, malah seluruh rakyat Malaysia.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, legasi mendiang Samy Vellu dalam membangunkan parti dan negara sudah pasti akan dirindui semua.

Beliau secara peribadi meluahkan kesedihan setelah mendapat maklumat bahawa mentor politiknya itu telah meninggal dunia pada usia 86 tahun, hari ini.

“Bagi kebanyakan kita, Tun (Samy Vellu) adalah lebih daripada seorang Presiden. Beliau adalah tokoh bapa yang membimbing, melatih dan menjadikan kita seperti hari ini.

“Sumbangan besar beliau kepada parti, masyarakat dan negara tidak akan dilupakan. Tun akan dirindui semua yang mengenali beliau tetapi legasi dan kenangannya akan kekal. Terima kasih, Tun.

“Bagi pihak MIC, saya mengucapkan takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Vell Paari & keluarga Tun Samy Vellu.

“Kami sangat berduka atas pemergian seorang pemimpin dan negarawan yang disanjungi,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi. Mendiang berusia 86 tahun.

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Samy Vellu.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga, sahabat handai kepada bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

“Kepada seluruh ahli keluarga mendiang terus cekal dan tabah. Jasa beliau dalam membantu pembangunan masyarakat India di negara ini akan terus dikenang,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut berduka dengan pemergian mendiang Samy Vellu.

“Takziah buat keluarga kepada Tun S Samy Vellu yang telah meninggal dunia hari ini.

“Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara.

“Jasa serta pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta Menteri Kabinet akan terus dikenang. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang,” katanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar.

Dalam itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendoakan agar keluarga mendiang Samy Vellu diberi kekuatan dalam menerima kehilangan pemimpin itu.

“Takziah kepada keluarga Tun Samy Vellu. Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan bagi mendepani kehilangan ini,” katanya.

Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berpandangan jasa dan bakti mendiang Samy Vellu dalam usaha pembangunan fizikal negara amat besar ertinya buat rakyat Malaysia.

Jelasnya, iltizam pemimpin itu melaksanakan pembangunan prasarana dan infrastruktur utama negara merupakan asas kepada kemajuan yang dikecapi pada hari ini.

“Belasungkawa Samy Vellu, saya turut berduka di atas pemergiannya, negarawan yang juga mantan Menteri Kerja Raya. Sesungguhnya, pengorbanan beliau wajar dikenang sepanjang zaman.

“Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang Samy Vellu. Semoga dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.” - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad