web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hubungan Saya Dengan PM Masih Utuh, Tiada Masalah Peribadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 8:03PM

Ahmad Zahid dan Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan hubungan beliau dengan Perdana Menteri dingin kononnya disebabkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ‘degil’ kerana enggan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat. 

Presiden UMNO itu menegaskan, hubungannya dengan Perdana Menteri masih utuh. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa solidariti dan hubungan bersama Ismail Sabri masih erat, selagi Ahli Parlimen Bera itu tidak menolak cadangan daripada kepimpinan parti yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini. 

“Sekretariat (program) sengaja letak saya sebelah Perdana Menteri, ada kata bahasa badan saya menunjukkan saya tidak ‘sebulu’ dengan beliau. 

“Keserasian saya dengan beliau (Ismail Sabri) masih kental. 

“Kita tidak ada masalah peribadi asalkan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini. 

Pemimpin BN yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini. 
Pemimpin BN yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran.

Dua lagi Naib Presiden yang hadir adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. 

Pada masa sama, Ahmad Zahid berpesan kepada Ismail Sabri agar membuat keputusan segera selepas beliau pulang daripada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat pada 21 September depan. 

“Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang. Saya punya keyakinan beliau akan ke UNGA. Kita doakan beliau pergi dengan selamat. Cari ilham di New York. 

“Justeru, kekuatan harus dibina oleh setiap ahli jentera seperti disarankan Timbalan Pengerusi BN yang gabungan ini perlu laksanakan agenda pembaharuan,” katanya. - Getaran, 17 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global