web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Umat Islam Dilarang Ucap R.I.P, Cukup Sekadar Ungkapan Takziah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 5:22PM

Luqman berkata, setiap Muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam dilarang mengucapkan ‘Rest in Peace’ atau R.I.P bagi menzahirkan takziah kepada orang bukan Islam kerana hukum itu jelas termaktub dalam nas yang bersandarkan kepada ayat al-Quran dan hadis.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berkata, setiap Muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam.  

Justeru, menurut beliau, pengucapan R.I.P atau ‘bersemadi dengan aman’ yang merupakan doa dibaca kepada orang bukan Islam dilarang digunakan seseorang Muslim.  

“Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, para nabi dan orang beriman tidak boleh turut serta dalam urusan memohon keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik.

“Ini kerana konsep keimanan Islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka,” katanya menerusi kenyataan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.   

Mengulas lanjut, Luqman berkata, bagaimanapun, Islam membenarkan sekiranya doa kepada komuniti tersebut bagi dikurniakan hidayah Islam dan kebaikan di dunia.  

“Ada pun bagi orang Islam yang mendoakan orang kafir agar diberi hidayah maka tidak mengapa. Perkara ini dipersetujui oleh ulama mazhab Hanafi dan diizinkan untuk mendoakan hidayah menurut mazhab Hanbali.

“Sebahagian daripada ulama juga menzahirkan untuk berdoa memohon keampunan kepada bayi dan anak-anak orang kafir, kerana itu termasuk daripada undang-undang di akhirat kelak.  

“Tetapi jika doanya untuk memohon keampunan bagi dosa beliau ketika hidupnya memang dalam keadaan kafir maka tidak diterima doa tersebut,” katanya.  

Sementara itu, Luqman menegaskan, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

“Apa sahaja ucapan takziah yang sesuai dan baik adalah dibolehkan kepada orang bukan Islam, selagi mana dia tidak memusuhi agama Islam.  

“Ini membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang harmoni dan fleksibel dalam urusan keduniaan terhadap semua golongan tanpa mengira agama,” katanya.

Luqman memberi penerangan itu bagi menjawab persoalan seorang individu mengenai pandangan sebenar Islam terhadap isu ucapan R.I.P, supaya ia tidak menjadi polemik tidak berkesudahan.

Isu R.I.P oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu Britain, Ratu Elizabeth II, baru-baru ini. - Getaran, 18 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini