web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasangan Datuk, Datin Ditahan Terlibat Sindiket Dadah Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 4:11PM

Zainudin Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Pasangan suami isteri bergelar ‘Datuk dan Datin’ antara sembilan individu yang ditahan polis dalam enam serbuan berasingan di dua negeri pada Rabu dan Khamis lepas (7 dan 8 Apr) dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zainudin Ahmad berkata ‘Datuk’ itu dikenali sebagai ahli perniagaan berusia 59 tahun.

“Polis merampas sebanyak 12.24 kg syabu, 6.61 kg pil ektasi dan 420 gram ketamin serta tiga buah kenderaan mewah juga barang kemas, kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.39 juta.

“Kumpulan ini yang ditahan hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Selangor dan Johor itu, dipercayai aktif menjalankan pengedaran dadah sejak pertengahan bulan September 2020,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.

Beliau juga percaya sindiket itu menjadikan perairan di sekitar pantai barat Johor termasuk di Batu Pahat untuk membawa keluar dadah berkenaan bagi pasaran di Indonesia.

Daripada sembilan ditahan, seorang didapati positif dadah dan lima daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah termasuk ‘Datuk’ yang pernah dipenjara selama lima tahun, sebelum ini, juga berkaitan dadah.

Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 59 tahun itu, ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zainudin berkata kumpulan sindiket itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan pihak berkuasa negara Taiwan, bulan lepas, melibatkan pengedaran dadah antarabangsa.

“Tiga warga Malaysia dan empat warganegara Indonesia ditahan di perairan Taiwan dengan rampasan dadah membabitkan dadah jenis ketamin seberat 281 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM15 juta,” katanya

Susulan itu, pihak berkuasa Taiwan telah menghubungi pihaknya mengenai tangkapan berkenaan dan hasil siasatan mereka mendapati kesemua individu terbabit mengaku mempunyai kaitan dengan kumpulan di Malaysia ini.

“Polis kini sedang giat mencari saki-baki ahli kumpulan ini yang dipercayai menjadi perantara berdasarkan modus operandi mereka menggunakan jalan laut untuk menyeludup keluar dadah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM227,914

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Jadikan Kondo ‘Stor’ Dadah Tumpas, Nilai Rampasan Melebihi RM700,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia