web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Jadikan Kondo ‘Stor’ Dadah Tumpas, Nilai Rampasan Melebihi RM700,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 3:49PM

Dadah yang dirampas oleh polis. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak empat bulan lalu di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya dalang kumpulan terbabit dalam Ops Otto, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM708,900 dalam dua serbuan di Kepong dan Bukit Jalil.

Katanya, dalam serbuan pertama di Jalan Vista Mutiara, Kepong, suspek berusia 48 tahun ditahan dengan sejumlah dadah jenis syabu dan juga pil ekstasi.

“Sebanyak 383.80 gram atau 1,000 biji pil ekstasi bernilai RM18,000 serta 123.87gram syabu bernilai RM12,300 ditemui.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Azmi, serbuan kedua dilakukan berpandukan arahan suspek di Jalan Perkasa 3, Bukit Jalil pada jam 12.35 tengah malam kelmarin.

“Dalam serbuan itu sebanyak 35,700 pil ekstasi seberat 13.59 kg bernilai RM 642,600 dan 1.04 kg dadah jenis syabu bernilai RM36,000 ditemui,” katanya.

Jelas Azmi lagi, hasil siasatan dan risikan mendapati sindiket terbabit menjadikan kondominium yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan serta pembungkusan dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Keseluruhan rampasan dadah ini dipercayai boleh digunakan seramai 39,028 pengguna di sekitar Lembah Klang,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Jom Ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Di Bukit Jalil

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Di Bukit Jalil Pada 8-10 Disember

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi