web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jom Ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Di Bukit Jalil

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 9:35AM

Pempamer reruai pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI giat membuat persiapan semalam, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum program itu membuka tirai hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menyediakan pelbagai program menarik berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula hari ini. 

Tumpuan pastinya terhadap kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 50 peratus, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-Cuti Cikgu serta saringan kanser payudara dan kanser serviks yang diberikan secara percuma, selain kempen antigangguan seksual.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai barangan keperluan menerusi Jualan Mega MADANI yang melibatkan 226 operator jualan terdiri daripada usahawan, pasar raya besar dan agensi yang menawarkan potongan harga 30 peratus. 

Bersempena dengan program itu juga, petang ini bakal berlangsung pelancaran MYNEXT Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pertukaran dokumen Memorandum Transformasi TVET yang dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Orang ramai yang ingin datang hari ini dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, memandangkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, selain Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 yang sedang berlangsung sejak 5 Disember. 

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki