web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Di Bukit Jalil Pada 8-10 Disember

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 5:40PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), yang bermula jam 9 pagi hingga 10 malam itu bertujuan menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, demikian menurut kenyataan Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hari ini. 

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala

“Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi.

“Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian kerajaan melalui pameran pencapaian semua kementerian berserta perancangan jangka masa panjang kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Penganjuran program dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia itu akan memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

“Ketiga-tiga komponen ini adalah ikhtiar kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” menurut kenyataan itu.

Program itu turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta pemegang taruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyempurnakan majlis penutup program itu pada 10 Disember, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka