web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Lagong ‘Ditarah’: NGO Tuntut Kerajaan Selangor Bersuara Atau Diheret Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:00AM

Aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak - Gambar Facebook Abdul Razak Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas masih gagal mendapatkan penjelasan terperinci berhubung aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak di sini, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar digesa ‘berganding tangan’ bagi ‘mengheret’ kerajaan Selangor ke muka pengadilan, jika pemimpinnya masih mengunci mulut berhubung projek itu.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, ia perlu dilaksanakan agar perintah injuksi dapat dikeluarkan mahkamah demi menghalang projek kuari terbabit yang merosakkan ekosistem alam sekitar.

Katanya, tindakan itu mampu menghentikan ‘kerakusan tangan manusia’ seperti dijalankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah, di mana mahkamah sudah mengeluarkan injuksi sementara bagi menghalang kerja tanah di kawasan tersebut.

Abdul Razak Ismail
Abdul Razak Ismail

“Kita kena bawa kerajaan negeri (Selangor) ke mahkamah untuk hentikan kuari. Sekiranya masih ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Exco tidak bersuara, sudah tiba masanya NGO alam sekitar mohon perintah injuksi dari mahkamah, seperti dilakukan di Hutan Simpan Bukit Cerakah.

“Bila sudah ada perintah injuksi dari mahkamah, projek pembangunan kuari tidak boleh diteruskan. Kerajaan Selangor seharusnya mengambil pengajaran daripada kejadian banjir di Baling yang berpunca di Gunung Inas. Bentuk geografi antara kedua-dua kawasan ini sama memandangkan Bukit Lagong berada di sekitar perumahan penduduk,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Abdul Razak berkata, kerajaan Selangor dilihat menggunakan ‘pintu belakang’ bagi meneruskan ‘pembelasahan’ di Hutan Simpan Bukit Lagong melalui aktiviti kuari.

Semakin mengecewakan, katanya, projek itu diteruskan walau pelaksanaan moratorium untuk tidak melakukan pembalakan dalam kawasan hutan simpan ditetapkan sehingga tahun 2035.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan menggunakan dasar moratorium tersebut sebagai ‘senjata’ bagi mendesak kerajaan Selangor menghentikan projek tersebut yang jelas melanggar peraturan berkenaan, seperti diluluskan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2010.

“Sebenarnya, siapa lebih besar, kuasa moratorium atau kuasa lesen kecil di bawah Seksyen 28, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Selangor, sehingga kerajaan negeri sewenangnya boleh memberi lesen tersebut kepada 27 syarikat.

“Kalau nak juga buat projek pembangunan di hutan simpan, seharusnya perkara ini dibentangkan di Sidang DUN agar dasar moratorium itu mampu dibatalkan, namun kerajaan Selangor tak buat, malah secara senyap-senyap, 27 syarikat dapat lesen kecil terbabit tanpa persetujuan ADUN lain.

“Saya yakin kalau dibentang pasti akan ditentang. Kita akan melawan kerajaan negeri dengan dasar itu sebagai senjata kita untuk kita balas semula. Sepatutnya 27 syarikat itu perlu dibatalkan lesen kerana melanggar perintah moratorium dikuatkuasakan pada tahun 2010,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pembangunan kuari di kawasan itu memiliki kepentingan terhadap pihak tertentu, khususnya syarikat terlibat dalam industri tersebut.

Lebih mengejutkan, beliau berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor iaitu, Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) antara 27 syarikat untuk membangunkan kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong.

“Malah, Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (KOJAHUS) juga menerima habuan memiliki sebuah kawasan kuari di dalam hutan tersebut yang jelas menjadi percanggahan kepentingan, memandangkan JPNS adalah pihak meluluskan pemberian tanah kuari kepada syarikat swasta tersebut. Jadi, di mana rasionalnya.

“Pada masa sama, ada kepentingan konsesi bagi syarikat besar industri kuari, seperti YTL, IOI di mana mereka mahu buka kawasan baharu yang saya ingat batu-bata di kawasan lama sudah habis. Setakat ini boleh dikatakan setiap negeri sudah ada.

“Ini juga membuka mata saya mengapa MBI mempunyai kuari di situ, selepas kerajaan Selangor buat keputusan nak robohkan stadium. Mereka perlukan batu-bata yang saya rasa akan digunakan untuk membina stadium baharu itu nanti,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Razak berkata, pihaknya pelik kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan atau cadangan daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi menghentikan projek hutan tidak terkawal di Selangor.

Sehingga kini tiada sebarang tindakan atau cadangan daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi menghentikan projek hutan tidak terkawal di Selangor - Gambar Fail
Sehingga kini tiada sebarang tindakan atau cadangan daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi menghentikan projek hutan tidak terkawal di Selangor - Gambar Fail

“Saya mengesyaki sesuatu (apabila) mengapa dua pemimpin ini senyap tentang isu itu sejak daripada kes Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah. Kita percaya ini satu cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Walau saya orang PKR, namun senyap mereka ini tak kena sebab Selangor ini ditadbir PH, itu membuatkan saya pelik kenapa Anwar dan Rafizi tidak membawa isu ini, sedangkan Rafizi sekarang dengan lorinya jelajah satu Malaysia, tapi tiada pun dia bangkitkan perkara terbabit,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad