web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan PKP Di Kelantan Adalah Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 7:23PM

Dakwaan PKP akan dikuatkuasakan di Kelantan adalah palsu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dakwaan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Kelantan disahkan sebagai palsu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, orang ramai khususnya rakyat negeri itu baru-baru ini digemparkan dengan dakwaan bahawa PKP akan dilaksanakan di Kelantan, mulai Rabu sehingga 12 Mei depan.

Ia menimbulkan kebimbangan, apatah lagi dengan Ramadan yang akan menjelang esok.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata,

MKN diharapkan akan terus mengekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri amat berharap rakyat dapat membantu Kelantan menukar status daripada PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Bagi mengekang penularan COVID-19, semua masyarakat perlu melakukan PKP pada diri sendiri. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat berhubung keresahan dan kebajikan rakyat di negeri ini,” katanya.

Menurut Dr Izani, kebimbangan kerajaan masih tinggi walaupun jangkitan COVID-19 itu menunjukkan sedikit penurunan, selepas meningkat mendadak sejak beberapa hari lalu.

“Kita bimbang kerana masih ada kes tertangguh manakala keputusan yang belum diterima mencatatkan jumlah melebihi 2,000 sampel,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 22 peratus daripada kes positif tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster, dan ini menunjukkan COVID-19 sudah berada dalam komuniti.

“Ini bermakna ruang untuk rakyat negeri ini dijangkiti adalah terlalu tinggi,” katanya.

Dr Izani berkata, kes COVID-19 di Kelantan dalam masa 14 hari masih terlalu tinggi iaitu 1,029 dengan 24 kluster yang masih aktif.

“Kadar penggunaan katil (BOR) di fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula dicatatkan melebihi 70 peratus, malah ada di antaranya melebihi 100 peratus iaitu Hospital Tumpat sebanyak 113.4%; Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai (100 peratus) dan hospital daerah lain di bawah 100 peratus.

“Kelantan juga mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) yang tinggi dengan nilai RT 1.12 iaitu lebih tinggi daripada RT nasional iaitu 1.06,” tambahnya.

Kadar RT di Kelantan juga jelas Dr Izani, menunjukkan paras membimbangkan apabila berada di paras 1.00 sejak beberapa minggu lalu. - Getaran, 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 1 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia