web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Judi Online Di Sebalik Perniagaan Restoran Terbongkar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 4:09PM

5 lelaki warga tempatan yang leka bermain judi dalam talian telah ditahan polis menerusi Ops Dadu, di sebuah restoran di Taman Sri Sinar, Segambut, semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah restoran di Taman Sri Sinar, Segambut, semalam. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan yang dilakukan menerusi Ops Dadu, pihaknya menahan lima lelaki warga tempatan yang leka bermain judi dalam talian pada jam 5 petang.

Menurut beliau, seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing yang juga penjaga premis berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan. 

"Ketika serbuan dilakukan, lima pelanggan itu menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk bermain judi dalam talian di sebuah bilik di restoran tersebut.

"Kami turut merampas wang tunai berjumlah RM720, tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, seunit modem, seunit wifi router, tiga meja panjang dan tujuh kerusi plastik," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beh Eng Lai
Beh Eng Lai

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, hasil siasatan awal mendapati kegiatan premis perjudian itu yang berselindung di sebalik perniagaan restoran terbabit dipercayai telah beroperasi sejak dua minggu lalu.

"Kesemua suspek berusia 40 hingga 75 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1)(c) akta yang sama kerana tidak mempunyai dokumen sah. 

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan talian pertaruhan aktiviti perjudian dan Seksyen 6 (1) akta yang sama kerana bermain judi atas talian," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad