web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ugut Wanita Enggan Jadi Kekasih, Pengawal Keselamatan Ditahan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 8:26PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan gara-gara bertindak mengugut mencederakan wajah seorang wanita hanya kerana mangsa menolak untuk menjadi kekasihnya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pengawal keselamatan itu juga didakwa bertindak mengawal mangsa daripada berkawan dengan lelaki lain.

Menurut beliau, dalam kejadian pada jam 6.30 petang, 1 Oktober lalu, suspek telah datang ke rumah mangsa berusia 28 tahun itu di Taman Ukay Perdana, Ampang di sini. 

"Ketika kejadian, pengadu berada di kediamannya telah didatangi suspek yang juga kenalannya di luar pagar rumah. 

“Suspek tiba-tiba memaksa untuk mangsa keluar dari rumah selain mengugut untuk ‘memecahkan’ muka wanita itu jika dia enggan berjumpa dengannya," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati terhadap wanita terbabit setelah mangsa tidak melayan kamahuannya untuk dijadikan teman wanita.

 "Lebih menyedihkan, suspek juga mengawal mangsa dengan tidak membenarkannya berkawan dengan lelaki lain.

“Sepanjang 10 bulan berkawan, suspek juga tidak pernah merosakkan apa-apa harta milik mangsa dan juga tidak mengekori kenderaan mangsa,” katanya.  

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di Bangsar, semalam. 

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

"Hasil pemeriksaan, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek," katanya. 

Katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi tadi dan berjaya direman selama dua hari sehingga Isnin di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

"Perkara itu merujuk kepada ugutan jenayah mendatangkan ketakutan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad