web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Pegawai Malaysia Aiports Didakwa Tipu Ahli Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:34PM

Abas Tuah (kiri) dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM12,000.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang bekas Pegawai Eksekutif (Unit Komersial) Malaysia Airports Holdings Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, atas lima pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berjumlah RM41,000 bagi membantu mangsa mendapatkan tapak berniaga dan kontrak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Tertuduh, Abas Tuah, 59, didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Kampung Air, dalam daerah Kota Kinabalu antara September 2010 hingga Julai 2014.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, Abas didakwa menipu Pengurus Syarikat Diamoney Jewellery Holding Sdn Bhd dengan memperdaya mangsa, untuk mempercayai tertuduh boleh membantunya mendapatkan tapak perniagaan di KKIA.

Selain itu, tertuduh juga didakwa memperdaya mangsa untuk mempercayainya boleh memudahkan pembaharuan kontrak sewaan tapak perniagaan di lokasi sama.

Tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengurus syarikat terbabit memasukkan sejumlah wang bernilai RM41,000, menerusi lima pertuduhan berasingan ke dalam akaun bank miliknya.

Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih sepuluh tahun, dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menetapkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM12,000 bersama deposit RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap dua bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah, selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Clementine Severinus, manakala tertuduh diwakili peguam PJ Perira.

Pengurusan kes ditetapkan pada 24 Mei 2021. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia