web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menteri Kabinet Masih Berfungsi Seperti Biasa Dalam Kerajaan "CareTaker" - KSN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:59PM

Mohd Zuki Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

"Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu," katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi Kabinet ekoran pembubaran Parlimen.

Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila Perdana Menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

Mohd Zuki berkata ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.

Namun, katanya dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.

"Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri petang tadi dalam perutusan khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia