web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembaziran Makanan Berleluasa, Maeko Cipta Mesin Kompos Teknologi Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 7:55AM

Sisa makanan yang dimasukkan ke mesin pemprosesan Maeko. - Tangkap layar daripada YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap hari rakyat Malaysia membazirkan kira-kira 16,000 tan makanan, dan jumlah ini cukup untuk menampung dua juta individu yang kelaparan.

Ia bagaikan sudah menjadi tabiat atau lumrah, yang sekian lama menjadi amalan sehingga tidak wujud rasa bersalah apabila rezeki dikurniakan Tuhan itu dibuang begitu sahaja.

Hari demi hari, pembaziran makanan ini semakin serius dan ia perlu ditangani segera, bagi memastikan tabiat buruk ini tidak berkembang menjadi warisan generasi akan datang.

Statistik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mendapati, pembaziran berkenaan membabitkan kita-kira 40 peratus sisa makanan harian setiap isi rumah.

Selaras dengan itu, sebuah syarikat tampil dengan inisiatif untuk mewujudkan teknologi pengkomposan secara mudah, bagi membolehkan pengurusan sisa makanan dilaksanakan dengan lebih efektif dan selamat.

Pengarah Jualan Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (Maeko), Mae Ooi SL berkata, teknologi berkenaan dirintis menggunakan gabungan kepakaran dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan mekanikal dan pemasaran, bagi membantu menyelesaikan isu pembuangan sisa makanan harian.

Menurut beliau, Maeko amat komited dalam membantu menangani masalah sisa makanan, menerusi penyediaan kompos untuk semua jenis bahan buangan.

“Fokus kami adalah untuk membantu ‘menutup gelung’ kelestarian, dan membiarkan sisa makanan yang berasal dari ladang kembali semula sebagai baja, bagi membantu penghasilan makanan di masa hadapan,” katanya kepada Getaran.

Makanan yang telah siap diproses akan keluar menjadi baja kompos. - Tangkap layar daripada YouTube
Makanan yang telah siap diproses akan keluar menjadi baja kompos. - Tangkap layar daripada YouTube

Mae Ooi menarik perhatian, Maeko akhirnya berjaya menghasilkan teknologi pengkomposan tercanggih di ASEAN selepas melalui beberapa siri penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Menerusi R&D ini, Maeko berjaya merintis pembangunan mesin kompos sisa makanan secara komersil, menggunakan konsep all in one.

“Mesin ini berupaya mengurai semua jenis sisa makanan dalam persekitaran aerobik menggunakan parameter terkawal seperti suhu, agitasi dan aliran udara,” katanya.

Mesin berkenaan jelas Mae Ooi lagi, dilengkapi ciri unik yang didatangkan dengan pengudaraan kompleks dan sistem penapisan bio-enzim bagi menghapus bauan tidak menyenangkan.

“Ia juga direka khas dengan unit penghancur bagi memendekkan tempoh pemprosesan sisa, menjadikan waktu diperlukan hanya sekitar 24 jam atau kurang dari itu.

“Semua jenis sisa buangan boleh diproses setiap hari termasuk dari kategori mentah kerana mesin kami mampu menampung kapasiti sehingga 500 liter,” katanya.

Penciptaan mesin itu bagaimanapun jelas Mae Ooi, tidak akan mampu menangani masalah pembaziran makanan sepenuhnya jika masyarakat masih leka dengan tabiat buruk itu.

“Matlamat kami adalah memupuk kesedaran di kalangan masyarakat agar menghentikan amalan pembaziran makanan ini.

“Sekiranya perbuatan ini terus berleluasa, tidak mustahil Malaysia akan dipenuhi lambakan sampah dan pada ketika itu, tiada sebarang mesin mampu membantu menyelesaikan masalah berkenaan,” tegasnya. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Aidilfitri Boleh Burukkan Lagi Isu Pembaziran Makanan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ketahui 4 Jenis Mesin Pengisar Wajib Ada Dan Kegunaannya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Cedera Tangan Tersepit Mesin Tepung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki