web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Mahukan PRU-15 Untuk Selamatkan Pemimpinnya Daripada Didakwa - Tun M

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 5:07PM

Dr Mahathir mendakwa, pemimpin BN kurang berminat untuk memperjuangkan negara, bangsa dan agama mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hanya  untuk menyelamatkan pemimpinnya daripada didakwa atas tuduhan jenayah, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video ringkas disiarkan di akaun media sosialnya, Dr Mahathir berkata, ini terbukti menerusi ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa beliau mengumpulkan penyokong BN untuk memastikan gabungan itu menang besar pada PRU-15, bagi menghalang pendakwaan ‘pilih kasih’.

Dr Mahathir mendakwa, pemimpin BN kurang berminat untuk memperjuangkan negara, bangsa dan agama mereka.

“Sekarang rakyat faham hasrat sebenar UMNO mendesak pilihan raya seperti diperkatakan Ahmad Zahid sebelum ini. Mereka mahu menyelamatkan diri daripada didakwa di mahkamah atas jenayah mereka.

“Bukan sahaja Ahmad Zahid, pemimpin lain disebut beliau juga bersekongkol serta mereka semua mempunyai masalah dan dipercayai (didakwa) terlibat dalam perbuatan jenayah dan mereka ingin menang besar, bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Ini adalah niat sebenar mereka mengapa mereka bertanding pada pilihan raya akan datang. Mereka bukan berjuang untuk negara, bangsa atau agama, sebaliknya berjuang untuk diri mereka sendiri,” katanya.

Semasa berucap di Kongres MIC kelmarin, Ahmad Zahid berkata, pemimpin BN yang lain boleh mengalami pendakwaan ‘pilih kasih’ daripada bakal kerajaan Pakatan Harapan (PH), seperti dihadapi beliau dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid dengan sinis turut meminta Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya tidak mengambil mudah isu tersebut, malah dianggap sebagai sasaran kepada saingan politik mereka. - The Vibes, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah