web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Keluar Mengundi, Tentukan Masa Depan Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:57PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilih yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) digesa menunaikan tanggungjawab mereka 19 November depan demi menentukan masa depan Malaysia yang lebih baik.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya meyakini sejumlah 21,173,638 pengundi akan memilih pemimpin terbaik yang mampu berkhidmat dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang wakil rakyat.

Menurutnya, MUDA akan memfokus sepenuhnya kepada dasar politik dan khidmat kepada rakyat.

“Rakyat akan jadi penentu masa depan Malaysia, yang penting, keluar mengundi dan biarkan rakyat memilih apa yang mereka fikir terbaik untuk mereka.

“Saya dan Parti MUDA akan fokus kepada dasar politik dan khidmat untuk rakyat. Itu adalah prioriti kami. Jom buat pilihan raya yang sihat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

SPR hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal.

Menurut beliau, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 42 kerusi di Pahang, 15 di Perlis 59 Perak.

Dalam perkembangan lain, penyandang kerusi Parlimen Muar itu komited untuk membawa lebih banyak perubahan kepada negara, khususnya di kawasan tersebut demi membina negara yang lebih maju dan berdaya saing.

“Kerja saya ikhlas untuk tolong rakyat Muar dan juga Malaysia. Saya tetap akan perjuangkan politik khidmat dan politik dasar.

“Banyak perubahan yang saya nak bawa masuk. Demi mahu membina negara Malaysia yang maju untuk semua, saya hendak terus berkhidmat,” katanya.

Syed Saddiq turut menyeru orang ramai untuk bersama turun padang membantu MUDA berkempen dan mengajak pengundi memilih partinya pada PRU-15.

“Tolong rakyat Muar dan Malaysia, saya mahu tubuhkan satu pasukan yang kuat untuk membantu (MUDA). Saya perlukan segala pertolongan daripada semua.

“Sekiranya anda mampu, datang bantu kita di lapangan dan membuat derma untuk jejak kempen saya,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan