web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin, Ahli Politik Jangan Sebar Kenyataan Palsu di Media Sosial

Semasa · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:51PM

Mediha mengingatkan orang ramai agar lebih bijak dalam menilai maklumat di media sosial demi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam maklumat salah berkaitan agenda dibawa parti politik. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik yang membuat kenyataan palsu berbentuk propaganda bagi menyerang parti lawan, semata-mata untuk mewujudkan kebencian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata, perbuatan itu adalah salah dari segi peraturan ditetapkan menerusi Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Kod Kandungan) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk pemimpin dan parti politik lebih bertanggungjawab serta beretika dalam menyampaikan kempen PRU-15, khususnya di media sosial masing-masing dengan tidak memuat naik sebarang kenyataan palsu atau berbaur fitnah.

Mediha Mahmood - Gambar ihsan CMCF
Mediha Mahmood - Gambar ihsan CMCF

“Sebarang tindakan menyebarkan maklumat salah atau terang-terangan menipu pengundi atau memanipulasi fakta dan statistik untuk mengaburi situasi sebenar juga, adalah bentuk maklumat palsu dan berita tidak sahih.

“Ahli politik juga tertakluk kepada garis panduan komuniti media sosial sama seperti kita semua dan mereka juga boleh dilaporkan, sekiranya membuat sebarang hantaran tidak selari dengan garis panduan tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Lantaran peraturan itu, Mediha mengingatkan orang ramai agar lebih bijak dalam menilai maklumat di media sosial, demi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam maklumat salah berkaitan agenda dibawa parti politik.

Menurutnya, terdapat keperluan untuk perkara ini dipandang serius, berikutan peningkatan populariti platform media sosial bagi tujuan berkempen ketika pilihan raya dan peranannya dalam membantu menyebarkan propaganda untuk meraih hati rakyat.

“Orang ramai seharusnya tampil berani untuk memberikan teguran kepada sesiapa sahaja yang melanggar garis panduan komuniti platform media sosial, misalnya mereka yang menggunakan tuturan kebencian dalam platform mereka.

“Sistem demokrasi boleh berkembang dengan lebih sihat sekiranya ahli politik sehinggalah kepada pengundi bertindak secara beretika, bertanggungjawab dan berhemah yang mungkin kelihatan mustahil, tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November, manakala 15 November adalah tarikh mengundi awal.

Menurut beliau, tempoh berkempen ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 42 kerusi di Pahang, 15 di Perlis 59 Perak. - Getaran, 21 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan