web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Buka Kertas Siasatan Provokasi Program MUDA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2022 2:40PM

Polis akan menyiasat insiden provokasi ketika Program Ceramah Malam Mesra Muo anjuran parti MUDA, di Jalan Bakri, malam tadi. - Tangkapan layar dari video di Instagram syedsaddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlakunya provokasi ketika Program Ceramah Malam Mesra Muo yang dianjurkan parti MUDA di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri Muar, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kekecohan yang berlaku pada jam 9.35 malam itu dipercayai bermula apabila tetamu di dalam dewan cuba melakukan perbincangan dan bersemuka dengan kumpulan itu yang berada di luar restoran terbabit. 

"Terdapat kira-kira 30 individu (memakai pelitup muka) menjerit, selain berlaku kejadian membaling botol dan dan mercun.

"Polis akan menjalankan siasatan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012," katanya hari ini. 

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan jangan membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi dan media sosial.

Ceramah MUDA malam semalam di Muar, Johor dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam.

Dua klip video berdurasi 15 dan 46 saat yang dimuat naik Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaparkan sekumpulan lelaki berbaju hitam memakai pelitup muka dan melaungkan perkataan 'balik' sebagai provokasi terhadap tetamu yang hadir pada program berkenaan.

Sebelum ini, majlis ceramah anjuran MUDA di Parit Jawa, Muar pada 16 Oktober lalu turut dicemari insiden seakan sama melibatkan sekumpulan penunggang motosikal. 

Dalam pada itu, Syed Saddiq menerusi hantaran di media sosialnya menyifatkan perbuatan melempar mercun pada program partinya di Muar, malam semalam harus dipandang serius dan tidak dianggap jenaka oleh mana-mana pihak. 

Beliau meminta semua pihak membayangkan apa yang mungkin berlaku sekiranya mercun itu meletup di bawah kereta mana-mana pengunjung yang hadir pada acara tersebut.

"Hentikan budaya provokasi ini. Lagi kami ditekan, lagi kami melawan!

“Kami di sini untuk membina Malaysia yang bersatu dan makmur untuk semua!” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula