web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Melampau Bawa Budaya ‘Kempen Samseng’, Ini Bukan Sarkas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 8:04PM

BERSIH mengingatkan pelbagai pihak khususnya parti politik bahawa kempen secara ganas dan samseng bukanlah budaya pilihan raya adil dan bebas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kumpulan yang bertindak samseng dengan melakukan provokasi ketika Program Ceramah Malam Mesra Muo dianjurkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Muar, Johor semalam boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, perkara itu jelas merupakan kesalahan dalam kanun keseksaan dan melanggar peraturan di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, berikutan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Sekiranya didapati bersalah, BERSIH menegaskan, individu terlibat boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“BERSIH mengecam tindakan kumpulan yang bertindak samseng ketika Program Ceramah Malam Mesra Muo dianjurkan MUDA, semalam. 

“Kita menyeru rakyat Malaysia yang cenderung kepada kempen lebih positif serta sihat agar mengecam sekeras-kerasnya, di samping menolak sebarang bentuk kelakuan ganas atau samseng sebegini tidak kira daripada parti manapun,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, BERSIH mengingatkan pelbagai pihak, khususnya parti politik bahawa kempen secara ganas dan samseng bukanlah budaya pilihan raya adil dan bebas. 

“Tindakan ganas dan samseng ini adalah satu bentuk kempen negatif dan provokasi melampau. Pilihan raya adalah untuk beradu kekuatan idea, polisi, manifesto dan gerak kerja bagi membantu rakyat.

“Kempen ganas dan samseng ini hendaklah ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Jom keluar undi dan tolak keganasan politik,” katanya. 

Semalam, ceramah MUDA sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam yang bertindak membaling botol, menolak sukarelawan dan anggota MUDA.

Dua klip video berdurasi 15 dan 46 saat dimuat naik Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menunjukkan kumpulan lelaki itu yang turut memakai pelitup muka melaungkan perkataan ‘balik’, sebagai provokasi terhadap tetamu yang hadir pada program berkenaan.

Mereka turut didakwa membaling mercun, selain menendang dan merosakkan kenderaan tetamu yang hadir.

Kumpulan itu bagaimanapun melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis, namun tiga dilaporkan ditahan.

Sebelum ini, majlis ceramah anjuran MUDA di Parit Jawa, Muar pada 16 Oktober lalu dicemari insiden provokasi sekumpulan penunggang motosikal. 

Hasni Mohammad
Hasni Mohammad

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, budaya politik samseng tidak wajar menjadi amalan di negeri berkenaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Mantan Menteri Besar Johor itu percaya rakyat mahu proses demokrasi dijalankan dengan matang, terutamanya di negeri selatan tanah air terbabit.

Hasni menerusi ciapan di Twitter miliknya menjelaskan, semua pihak wajar berkempen dan meraih undi rakyat secara matang serta berhemah.

“Saya percaya rakyat mahukan proses demokrasi dijalankan dengan matang, termasuk di Johor. Budaya politik sebegini tidak wajar menjadi amalan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. 

“Berkempen dan raihlah undi rakyat secara berhemah. Jangan jadikan Johor seperti gelanggang sarkas. Kita seharusnya lebih baik dari ini,” katanya. – Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan