web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


22 Bulan Tak Cukup Tadbir Kerajaan Helah Lapuk, Rakyat Semakin Bijak Berfikir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 8:54PM

Ahmad Zahid berkata kerajaan PH berterusan mengambil keputusan yang memusnahkan diri termasuk isu tuntutan waris Kesultanan Sulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Alasan diberikan Pakatan Harapan (PH) kononnya tempoh 22 bulan tidak cukup untuk mentadbir kerajaan hanyalah satu helah lapuk untuk menutup kelemahan mereka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat semakin bijak berfikir dan tidak lagi termakan dengan helah dangkal itu.

“Rakyat masa kini yang bijaksana namun berpendapat sebaliknya.

“Nasib baik PH cuma mentadbir 22 bulan. Jika lebih panjang nescaya Malaysia semakin rosak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Menurut beliau, kepincangan ditonjolkan PH jelas kelihatan apabila melantik peguam Setiausaha Agung DAP ketika itu sebagai Peguam Negara, iaitu Tan Sri Tommy Thomas.

“Kemudian mereka melantik aktivis PKR, Latheefa Koya sebagai Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Menteri Kewangannya (Lim Guan Eng) pula membuat kenyataan rasmi berbaur politik sehingga menjejaskan pasaran saham,” katanya, sinis.

Sindir mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri PH tidak ketinggalan mencipta onar apabila membuat kenyataan yang menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia.

“Perkembangan ekonomi jadi paling perlahan sejak suku ketiga 2009. Masa itu COVID-19 belum menular. Kebajikan rakyat dikurangkan termasuk bantuan tunai dengan pelbagai alasan, antaranya BN memanjakan rakyat. Rakyat tidak patut rasa berhak mendapat wang tanpa melakukan sebarang kerja, (itu kata mereka)," tegasnya.

Jelas Zahid, kerajaan PH berterusan mengambil keputusan yang memusnahkan diri, apabila tidak menghantar wakil untuk membela negara dalam isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, malah menulis surat untuk ‘mengaku salah’.

“Malaysia terlepas kedaulatan Pulau Batu Puteh apabila PH menarik balik semakan penghakiman. Mereka juga menjual aset-aset negara dengan alasan pembaziran, tetapi hutang negara terus meningkat.

“Projek-projek infrastruktur untuk rakyat diganggu-gugat dan 'difaraidkan' antara kroni. Jika mahu diungkapkan satu persatu di sini tentu tersangat panjang senarainya,” tegasnya.

Rakyat jelas penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu, perlu berhati-hatil apabila didekati 'bisikan' memperdaya minda supaya PH sekali lagi dipilih sebagai kerajaan.

“Jangan biarkan mereka fikir rakyat terlalu naif dan semudah itu untuk masuk ke perangkap yang sama. Seperti kata petikan ceramah pada PRU-14, dalam lima jam macam-macam orang boleh buat apatah lagi lima tahun. Jangan main-main tuan-tuan dengan lima tahun.

"Benda lain kita boleh cuba lima kali setahun. Bab kuasa (pentadbiran negara) kita tidak boleh main-main,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka