web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Meningkat, Rakyat Diminta Jangan Panik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 8:55AM

Orang ramai, digalakkan memakai pelitup muka sebaik berada di luar rumah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta jangan panik dengan peningkatan kes COVID-19 di negara ini dan sebaliknya, perlu memahami dengan jelas situasi pandemik.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Mahesh Appannan berkata, situasi semasa berkaitan pandemik boleh diketahui dengan melayari data.moh.gov.my.

Serentak dengan peningkatan kes jelas beliau, orang ramai khususnya yang berisiko tinggi digalakkan memakai pelitup muka sebaik berada di luar rumah.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di semua di fasiliti kesihatan dan pengangkutan awam. Bagi sesiapa yang berisiko tinggi, anda digalakkan untuk memakai pelitup muka jika keluar,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dr Appannan berkata, pengambilan dos penggalak juga berupaya mencegah penularan virus COVID-19 atau mengelakkan jangkitan menjadi lebih buruk.

Jelas beliau, individu yang masih belum mendapatkan dos masing-masing boleh membuat temu janji menerusi aplikasi MySejahtera, atau hadir sendiri ke fasiliti kesihatan swasta.

“Senarai ini ada terkandung pada pautan tinyurl.com/ycyhuy2a,” katanya.

Dr Appannan menarik perhatian, kerajaan juga menggalakkan pengambilan dos penggalak kedua mengikut spesifikasi masa yang tertentu.

“Pengambilan dos penggalak kedua bagi individu berusia lebih 50 tahun boleh dibuat tiga bulan selepas mendapat dos pertama.

“Individu berusia 18 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi dan memiliki imuniti rendah pula boleh berbuat demikian dalam tempoh enam bulan selepas dos penggalak pertama,” katanya.

Orang ramai jelas beliau lagi, diminta membuat ujian kendiri jika memiliki gejala COVID-19, dengan membeli kit ujian di farmasi.

“Jika positif, lapor melalui MySejahtera. Anda akan mendapat perintah kuarantin kendiri (HSO)dan soalan penilaian kesihatan yang akan dipantau secara maya oleh KKM.

“Jika anda layak mendapat ubat antiviral COVID19, anda akan menerima notifikasi melalui MySejahtera dan SMS. Sila ke fasiliti kesihatan terdekat untuk penilaian pegawai perubatan untuk mendapatkan ubat antiviral (paxlovid),” katanya.

Tegas beliau, pemerkasaan dan inisiatif komuniti dalam usaha membendung penularan wabak ini adalah amat penting.

We can do this together,” katanya.

Sejumlah 3,189 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini kepada 4,896,922. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah