web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kesan 4 Kes COVID-19 Varian XBB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2022 1:56PM

Khairy Jamaluddin berkata, satu daripadanya membabitkan kes jangkitan semula, namun kesemua pesakit hanya mengalami gejala sederhana, iaitu kategori 2 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat penularan wabak COVID-19 membabitkan varian XBB yang dipercayai berasal dari Singapura.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, satu daripadanya membabitkan kes jangkitan semula, namun kesemua pesakit hanya mengalami gejala sederhana, iaitu kategori 2.

“Ada beberapa strategi dibincang bersama jabatan (kesihatan) negeri untuk tingkatkan lagi ujian RT-PCR agar kita mampu dapatkan profil (varian) yang sedang merebak di Malaysia. Namun, berdasarkan sempadan kita dan pergerakan manusia dari Singapura ke Malaysia setiap hari, maka trend peningkatan ini didorong kes XBB.

“Semua kes warganegara Malaysia telah menjalani isolasi selama seminggu dan kontak rapat pun sudah dikenal pasti. XBB ini lebih kurang sama dengan Omicron, kalau berbeza mungkin dari segi jangkitan semula.

“Kita tengah kaji data dari Singapura sama ada varian itu boleh merebak dengan lebih cepat atau tidak,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, satu kajian baharu mendapati sejenis subvarian Omicron kini menular di negara Asia dan merebak dengan lebih cepat daripada va­rian COVID-19 sebelumnya.

Subvarian Omicron XBB yang juga dikenali sebagai Gryphon, mencetuskan lonjakan kes di beberapa kawasan di benua itu, termasuk mendominasi jangkitan di Singapura.

Terdapat kebimbangan semakin ketara terhadap va­rian XBB kerana selain menular dengan sangat pantas, ia boleh mengelak imuniti badan dengan lebih baik daripada virus COVID-19 terdahulu.

Walaupun awal bulan ini, XBB hanya merangkumi 22 peratus daripada keseluruhan jangkitan COVID-19 di Singapura, KKM mendedahkan bahawa angka itu melonjak dengan pantas.

Seminggu selepas va­rian XBB dikesan, Singapura merekodkan 54 peratus kes terbabit.

Pada 11 Oktober lalu, Singapura merekodkan 11,732 jangkitan COVID-19 baharu, iaitu dua kali ganda berbanding hari sebe­lumnya, sekali gus membuktikan keupayaan kebolehjangkitan XBB.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan, kes COVID-19 ketika ini berada dalam trend peningkatan apabila merekodkan sebanyak 16,917 kes dari 23 hingga 29 Oktober lalu, berbanding 14,520 kes pada minggu lepas.

Walaupun kemasukan ke hospital awam akibat wabak tersebut meningkat sehingga dua peratus, beliau menegaskan, majoriti kes COVID-19 tidak mempunyai gejala serius sehingga boleh membawa maut.

“Dari segi kesan, kita dapati buat masa ini tidaklah membimbangkan cuma kita ambil maklum trend sedang meningkat dan orang ramai perlu berhati-hati, khsususnya menjelang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, apabila akan melibatkan banyak majlis dihadiri orang ramai.

“Saya ingin mengingatkan kes bakal naik dalam beberapa minggu akan datang dan kita masih lagi dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, penggunaan pelitup muka amat digalakkan dan sewajarnya individu yang didapati positif COVID-19, perlu melaporkan kepada pihak berkaitan bagi memastikan KKM mampu mengesan ketepatan jumlah sebenar jangkitan terbabit.

Menurut beliau, pihaknya menyarankan untuk mengambil dos penggalak kedua, terutamanya kepada golongan berisiko walaupun ketika ini KKM tidak mewajibkan perkara itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Dos penggalak kedua ini kadarnya masih rendah. Jadi, kita galakkan mereka mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik, sistem imun lemah, ibu mengandung, di samping mereka yang akan bertugas pada PRU-15 mengambil dos kedua.

“Sebelum ini kita galakkan untuk golongan tertentu, namun siapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas seharusnya mengambil dos penggalak kedua,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan