web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: KJ Akur Jika Dicalon Di Sungai Buloh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2022 5:17PM

Khairy Jamaluddin turut menggesa agar calon dan parti politik mempamerkan teladan baik pada PRU-15 dengan memakai pelitup muka ketika berkempen - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersikap terbuka dan akur dengan keputusan UMNO sekiranya parti itu mahu meletakkan beliau sebagai calon di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, bagaimanapun perkara itu akan diumum kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam masa terdekat.

“Tak tahulah (kawasan dicalonkan), saya rasa keputusan berkenaan dengan calon pilihan raya (PRU-15) ini diumum tidak lama lagi.

“Biarlah diumumkan pucuk pimpinan parti…saya terima mana-mana kawasan diberikan kepada saya,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada PRU-14, Parlimen Sungai Buloh dimenangi R Sivarasa daripada PKR dengan majoriti undi 26,634.

Beliau memperoleh 43,631 undi dan menewaskan calon PAS, Nuridah (16,997); Barisan Nasional (BN), A Prakash Rao (16,681) serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Zainurizzam Moharam (642).

Manakala, Khairy yang juga penyandang Ahli Parlimen Rembau menawan kerusi Parlimen itu pada PRU-14 dengan 4,364 majoriti undi, menewaskan calon PKR, Roseli Abdul Ghani dan seorang lagi calon

Dalam pada itu, Khairy menggesa agar calon dan parti politik mempamerkan teladan baik pada PRU-15 dengan memakai pelitup muka ketika berkempen, berikutan peningkatan jangkitan wabak COVID-19 akibat perkembangan varian baharu, iaitu XBB.

Beliau berkata, terdapat keperluan ia dilakukan agar masyarakat awam, khususnya golongan berisiko terhindar daripada virus tersebut ketika calon bersama jenteranya berkempen, terutama di kawasan sesak dan tertutup.

“Parti politik dan calon akan bertanding, tunjukkanlah teladan baik seperti kalau pergi ke kawasan tertutup, ada warga emas seperti lawatan rumah ke rumah untuk melawat pesakit terlantar, pakai pelitup muka.

“Ini langkah ‘common sense’ (perkara biasa) perlu dilaksanakan, kita tak mahu PRU-15 berlangsung dengan banyak sekatan, jadi semua pihak perlu tunjuk contoh yang baik kepada rakyat. Kalau dikesan positif COVID-19, jangan keluar dan ikut saranan KKM,” katanya.

Menurut Khairy, segala pandangan dan syor disarankan KKM sudah dinyatakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diumumkan agensi itu dalam masa terdekat.

“Segala pandangan ketika PRU-15, termasuk hari pengundian kita serahkan kepada SPR dan pihaknya yang akan beritahu dengan terperinci prosedur perlu dilakukan pemilih nanti,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan