web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Diramal Berlaku Di 6 Negeri – JPS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 9:38PM

Tangkap layar kejadian banjir kilat di sekitar Shah Alam dan Klang petang tadi. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Enam negeri diramalkan berdepan risiko banjir kilat, susulan kedatangan musim tengkujuh.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, ramalan tersebut adalah berdasarkan laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Menurut beliau, JPS menjangkakan tiga daerah di Pahang iaitu Rompin, Temerloh dan Kuantan bakal terlibat dengan musibah berkenaan.

“Bencana itu juga diramalkan berlaku di Mersing, Muar, Segamat dan Tangkak di Johor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jurucakap tersebut berkata, turut diramalkan terkesan ialah beberapa kawasan di Kuching, Sarawak dan Klang, Selangor.

“Banjir kilat juga dijangka berlaku di Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing satu daerah iaitu Alor Gajah dan Port Dickson,” katanya.

Hujan lebat selama beberapa jam sejak 2 petang semalam menyaksikan beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam mula dinaiki air.

Seorang netizen dikenali sebagai Mohd Farid turut berkongsi video yang memaparkan suasana di Jalan Haji Abdul Manan 1 di Meru, Klang.

Video tersebut yang memaparkan perjalanan dari Aman Perdana ke Meru menyaksikan kawasan berkenaan dibanjiri air ke paras lutut. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia