web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


60 Peratus Polis Muar Selesai Tunai Tanggungjawab Setakat Jam 10

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 11:57AM

Sebanyak enam pusat pengundian awal di tiga Parlimen di daerah itu, dibuka mulai jam 8 pagi bagi proses pengundian - Gambar Hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Proses mengundi awal Pilihan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Muar merekodkan 60 peratus anggota polis dan pasangan keluar menjalankan tanggungjawab itu, setakat jam 10 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sebanyak enam pusat pengundian awal di tiga Parlimen di daerah itu, dibuka mulai jam 8 pagi bagi proses pengundian.

“Kehadiran anggota di seluruh Muar, alhamdulillah, amat menggalakkan dan sehingga jam 10.20 pagi ini, hampir 60 peratus menunaikannya. 

“Jadi, sebaik sahaja pusat pengundian ditutup jam 5 petang nanti, kita akan maklum lagi perkembangan jumlah keseluruhan pengundi yang keluar menjalankan tanggungjawab ini,” katanya ketika ditemui media di Dewan Serbaguna Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA). 

Dalam pada itu, Raiz Mukhliz berkata, setakat ini proses pengundian awal di markas PGA itu berjalan lancar dan tiada kekacauan tercetus. 

Beliau turut mengharapkan agar semua anggota polis di daerah ini menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi. 

“Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ada calon hadir ke pusat mengundi untuk memantau proses pengundian dijalankan. 

“Apa boleh saya nyatakan kehadiran mereka dalam keadaan harmoni tiada apa-apa masalah,” katanya. 

Sementara itu, Raiz Mukhliz berkata, setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkenaan poster dibakar. 

Menurutnya, siasatan terperinci sedang dilaksanakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berikutan melakukan perbuatan khianat. 

“Setakat ini di Muar kita belum ada laporan tentang kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954. 

“Kesalahan merosakkan poster tiada tangkapan, tiada saksi dan kita buka siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Terdahulu, sejumlah 917 anggota polis pelbagai pangkat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di kerusi Parlimen Bakri.

Parlimen berkenaan menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Chris Lee Ching Yong dari Barisan Nasional, RS Chelvarajan (Perikatan Nasional), Tan Hong Pin (Pakatan Harapan) dan Haron Jaffar (Bebas).

Manakala pusat pengundian di situ akan ditutup secara berperingkat antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang, membabitkan ibu pejabat polis kontinjen, ibu pejabat polis daerah, kem PGA dan tentera.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan tarikh PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya pada 19 November ini.

PRU-15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di Pahang, Perlis serta Perak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, SPR menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dengan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi.

Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa, manakala 146,737 (anggota tentera serta pasangan) dan 118,794 pasukan polis PGA bersama pasangan. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan