web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Termasuk Varian Omicron XBB Terkawal - Khairy

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 4:41PM

Gelombang jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron XBB di negara ini dalam keadaan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Gelombang jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron XBB di negara ini dalam keadaan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata situasi tersebut hasil sokongan rakyat yang mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga berlaku penurunan kes baharu COVID-19 termasuk varian itu kepada 13.4 peratus pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

“Saya juga bertanya kepada Timbalan Ketua Pengarah dan pakar penyakit berjangkit berkaitan kemasukan (pesakit COVID-19) ke hospital nampak sudah teratur, ia tidak lagi meningkat dan mungkin akan mula menurun.

“…dan kita dapati walaupun kadar kematian kes meningkat sedikit kepada 0.07 peratus bagi minggu perbandingan yang sama, ia masih jauh lebih rendah berbanding indicator CFR (case fatality rate) yang mana kita letakkan pada tahap tiga peratus,” katanya pada sidang media situasi semasa COVID-19 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khairy menasihatkan seluruh rakyat negara ini untuk berwaspada atau berhati-hati terutamanya di program ceramah pada saat akhir kempen PRU-15.

Khairy Jamaluddin menasihatkan seluruh rakyat negara ini untuk berwaspada atau berhati-hati terutamanya di program ceramah pada saat akhir kempen PRU-15 - Gambar Fail
Khairy Jamaluddin menasihatkan seluruh rakyat negara ini untuk berwaspada atau berhati-hati terutamanya di program ceramah pada saat akhir kempen PRU-15 - Gambar Fail
 

“Jadi sila berjaga-jaga, berhati-hati dan pastikan selamat untuk anda pergi mengundi...Saya telah minta  pandangan daripada semua pakar dan mereka memaklumkan gelombang baharu masih terkawal sama ada sudahpun sampai kemuncaknya atau sedang mendatar dari segi jumlah kes dan sebagainya,” katanya.

Khairy berkata KKM telah mengenal pasti 40 kes COVID-19 berkaitan sub varian XBB antara 11 hingga 17 November, menjadikan kes kumulatif varian tersebut kepada 60 kes.

“...tapi (walaupun) sub varian XBB memintas (berbanding Omicron BA.5), namun kita lihat ia tidak teruk dan ia memberi petanda yang baik kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Khairy menggesa orang ramai untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 kerana langkah tersebut mampu mengurangkan gejala jangkitan serta kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian.

“Status vaksinasi insiden kematian bagi pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah tiga kali lebih tinggi berbanding pesakit yang mendapat dua dos vaksin dan tujuh kali lebih tinggi berbanding mendapat satu dos penggalak,” katanya.

Khairy menggesa orang ramai untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 kerana langkah tersebut mampu mengurangkan gejala jangkitan serta kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian - Gambar Fail
Khairy menggesa orang ramai untuk menerima suntikan vaksinasi COVID-19 kerana langkah tersebut mampu mengurangkan gejala jangkitan serta kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian - Gambar Fail

Khairy berkata langkah pengambilan vaksin berjaya menurunkan semua indikator keterukan daripada aspek kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan alat bantuan pernafasan.

Mengenai rawatan terhadap pesakit COVID-19, beliau berkata tiada kes kematian melibatkan pesakit yang menerima rawatan Paxlovid di peringkat komuniti.

“Setakat ini, mereka (pesakit) yang kita bagi Paxlovid dan sebagainya di Klinik Kesihatan dan sebagainya, semua telah pulih. Ini bermakna kita mungkin benar-benar berada di penghujung fasa peralihan ke endemik,” katanya.

Mengenai vaksin boleh sedut CanSino Biologics, Khairy berkata KKM dalam proses merekrut peserta untuk percubaan yang dijangka bermula beberapa bulan akan datang.

“Kita agak teruja dengan perkara itu kerana saya fikir apabila selesai pilihan raya umum, maka menteri kesihatan baharu akan mengumumkan cadangan vaksinasi pada masa hadapan sama ada ia secara tahunan atau siapa yang patut mengambil vaksin tahunan,” katanya.

Bulan lepas, CanSino Biologics memperkenalkan vaksin COVID-19 jenis baharu dengan kaedah sedutan berbanding jenis suntikan seperti sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan