web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Digesa Tidak Pilih Ahli Parlimen 'Kluster Mahkamah' Sertai Kabinet

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2022 4:30PM

Anwar bersalaman dengan orang ramai sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk tidak melantik Ahli Parlimen yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah untuk menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia (SEDAR), Nazrin Norani berkata, pihaknya akan melakukan desakan menerusi petisyen bagi memastikan perkara itu tidak dapat direalisasikan.

"SEDAR telah memulakan petisyen untuk mendesak Anwar, selaku Perdana Menteri ke-10, agar tidak melantik Ahli Parlimen yang sedang berhadapan kes mahkamah menyertai Kabinet mahupun berkait dengan entiti kerajaan.

"Petisyen itu juga mendesak Anwar memastikan cabang eksekutif dalam kerajaan, tidak campur tangan dalam cabang badan Kehakiman berkaitan kes mahkamah Ahli Parlimen yang boleh menyebabkan kes mereka digugurkan," katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, cadangan untuk tidak melantik Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah sebagai anggota Kabinet, akan dibincangkan secara terperinci dengan parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

Anwar menegaskan pendirian Pakatan Harapan (PH) dalam isu itu adalah jelas, iaitu tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah ke dalam Kabinet.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu berkata, memandangkan pentadbiran yang dibentuk ketika ini adalah Kerajaan Perpaduan, beliau perlu berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan parti gabungan yang lain.

Dalam pada itu, Nazrin berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri memulakan pentadbirannya dengan langkah positif yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat serta orang luar terhadap Malaysia. 

"Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Anwar di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10," katanya. 

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.

Menurut rekod, Anwar pernah menyandang beberapa jawatan dalam kabinet iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pendidikan (1986 hingga 1991), Menteri Kewangan (1991 hingga 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 hingga 1998).

Anwar memulakan tugasnya secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Getaran, 25 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 57 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula