web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Kasut Mewah Itu Kurniaan Sultan Johor’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 10:07AM

Anwar menjelaskan bahawa kasut miliknya yang dikatakan berharga lebih RM5,500 itu adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu. - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau membeli sepasang kasut mewah berharga ribuan ringgit, selepas dilantik ke jawatan itu. 

Beliau berkata, kasut miliknya yang dikatakan berharga lebih RM5,500 itu adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.

“Ia kurniaan Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu.

“Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” katanya menerusi laman Twitter, hari ini. 

Anwar berkata demikian bagi menjawab dakwaan dimuat naik seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akuan Naratif Rakyat.

Menerusi muat naik dibuat kelmarin itu, pengguna terbabit menulis ciapan dan berkongsi gambar kasut dipakai Perdana Menteri berserta tangkap layar harga jualannya di dalam talian, sehingga tular di media sosial.

“Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai Chapal…Hari ini dah upgrade (naik taraf) ke kasut berharga lebih daripada RM5,500…Masyukkkk (untung) PM (Perdana Menteri #KitaBoleh,” menurut muat naik pengguna terbabit.  

Sementara itu, reaksi tenang Anwar berhubung dakwaan terbabit, menerima perhatian netizen di Twitter yang rata-rata memuji sikap matang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dalam menghadapi sesuatu isu. 

“Alhamdulillah, Perdana Menteri kekal telus menjawab soalan rakyat, biarpun soalan berkonotasi negatif. Sedikit sebanyak membuka mata rakyat mengenai komitmen Anwar dalam soal integriti dan ‘permainan’ sering digunakan ‘pencacai’ untuk melemahkan persepsi terhadapnya,” kata Rennie. 

Pengguna media sosial turut menempelak sikap individu berkenaan yang ‘suka menjaga tepi kain orang’.

“Suka hati beliau lah nak pakai kasut mahal ke murah ke, Perdana Menteri Ke-10 ini suka tengok ada gaya la hensem. Hari itu gaya ala mat kilau, sekarang nak mengadap sultankan…ala-ala agen 007.

“Ini baru Perdana Menteri Malaysia ada gaya..teruskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Saya yg penting tak mengketedarah duit rakyat, memang hak dia pun kena bergaya,” tulis Wani. 

“Bersabarlah DSAI, mereka begitu hasat dengki hanya kerana beliau mendapat mandat menjadi PM-10. Biarkan mereka meroyan, kami rakyat amat berbangga, saya dari tahun 1998 sentiasa berdoa semoga Allah perkenankan Anwar untuk mentadbir negara. Alhamdulillah,” komen Yop. 

Dalam pada itu, segelintir warga maya meminta agar Perdana Menteri mengambil tindakan saman ke atas pemilik akaun itu kerana cuba menimbulkan fitnah, sekali gus mewujudkan persepsi negatif terhadap Presiden PKR berkenaan. 

“Samanlah, dibiarkan nanti makin berleluasa fitnah begini. Jadi pemerintah ini, cuba tegas sikit. Bagi pengajaran sikit. Nak dibiar pihak lawan pijak kepala buat apa,” luah Jalal. 

“Datuk Seri nak biar sahaja ke propaganda jahat ni? Mohon keras sikit! Jangan jadi pemaaf tak bertempat. Kami penyokong Datuk Seri pun meluat juga kalau asyik nak dibiar sahaja macam ini,” tegas Eqbal. 

“Selain cabaran ekonomi negara dan kos sara hidup, satu perkara yang turut perlu diberi perhatian ialah bagaimana membentuk warganegara berpikiran rasional dan guna akal. Ini kerana muktahir, terlalu banyak hantaran yang memperlihatkan suasana negatif membabitkan kualiti pemikiran dan tindakan dalam kalangan warganegara,” kata Suaibul. 

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Katanya, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau. - Getaran, 30 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 56 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula