web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Seleweng RM600 Bilion, Muhyiddin Tak Gentar, Sedia Disiasat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 1:19PM

Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau sama sekali tidak berasa gentar kerana tahu dirinya berada di pihak yang benar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaan untuk disiasat susulan tuduhan kononnya beliau terbabit dalam penyelewengan wang berjumlah RM600 bilion.

Tegas Muhyiddin, beliau sama sekali tidak berasa gentar kerana tahu dirinya berada di pihak yang benar.

“Saya tidak takut untuk disiasat kerana saya tahu saya tidak seleweng duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu rakyat ketika zaman susah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, satu laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, malah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut melemparkan tuduhan yang sama.

“Sebelum itu, beliau (Fahmi) membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan polis supaya menyiasat YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas dakwaan menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel. PDRM (Polis Diraja Malaysia) kemudiannya menafikan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disiasat.

“Nampaknya, baru beberapa hari menjadi kerajaan, PH (Pakatan Harapan) tanpa segan silu telah menggunakan pihak polis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka. This is a clear attempt at silencing dissent,” katanya.

Jelas Muhyiddin, senario itu jelas berbeza dengan janji reformasi pihak berkenaan yang mahu menjamin kebebasan institusi penting negara tanpa sebarang campur tangan politik, termasuk PDRM.

“Apapun, saya tidak hairan dengan kemungkiran janji-janji mereka. Sebelum pilihan raya mereka bermati-matian menafikan akan bekerjasama dengan puak kleptokrat. 

“Selepas pilihan raya, mereka tanpa segan silu berpeluk cium dan membentuk kerajaan bersama-sama, sehinggakan ada yang membuat parodi lagu ‘dulu benci penyamun, sekarang sayang penyamun’,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh menarik perhatian, mustahil penyelewengan tersebut boleh dilakukan kerana ia adalah wang individu atau bank, tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Jelas Muhyiddin, beliau sebagai Perdana Menteri pada ketika itu tidak memiliki sebarang kuasa atas penggunaan wang dimaksudkan.

“Berbalik kepada tuduhan penyelewengan dana sebanyak RM600 bilion, saya tidak pasti dari mana angka ini dipetik. Saya agak ia merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang saya laksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas semasa tempoh pandemik. 

“Daripada keseluruhan RM530 bilion ini, sebahagian besarnya adalah berbentuk non-fiskal, iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Ini termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra bernilai RM145 bilion, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat bernilai RM180 bilion, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat bernilai RM80 bilion dan inisiatif-inisiatif lain yang bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kenyataan Menteri Kewangan pada 29 Jun tahun lalu menyebut, perbelanjaan yang melibatkan wang kerajaan dalam bentuk suntikan fiskal pula bernilai RM83 bilion. 

Ini katanya, termasuk perbelanjaan untuk pembelian vaksin bernilai RM5 bilion dan pelbagai bentuk bantuan langsung tunai untuk rakyat seperti subsidi upah bernilai RM20.92 bilion, Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM18.2 bilion.

Geran Khas Prihatin bernilai RM4.21 bilion, Geran Khas Prihatin Permai bernilai RM842,000,000, Skim Pembiayaan Mudah Bumiputera bernilai RM500,000,000 dan bantuan lain, dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak.

“Tidak ada satu sen pun wang ini masuk ke akaun peribadi saya. Tak masuk akal wang bantuan rakyat yang dimasukkan terus ke dalam akaun mereka boleh diseleweng masuk ke akaun saya. 

“Kalau hal ini berlaku, sudah tentu akan diketahui melalui penemuan audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara (JAN) setiap tahun. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah tentu membentangkan laporan mengenainya di Parlimen. Tak mungkin JAN atau PAC terlepas pandang. Ini bukan perkara kecil. Ia perkara besar,” tegasnya.

Muhyiddin memberitahu, Bank Negara  (BNM) juga pasti akan menerima notifikasi berhubung pergerakan jumlah wang yang besar, sekiranya benar ia dimasukkan ke akaun peribadi beliau, sekali gus memulakan proses siasatan.

“Nak kata saya halang siasatan kerana saya Perdana Menteri pun tak betul. Kerana saya telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri lebih setahun yang lalu. 

“Selain itu, kalau hal ini berlaku sekalipun, sudah tentu Pak Mat, Pak Jusoh, Mak Piah di kampung sedar wang yang sepatutnya mereka terima tak masuk ke dalam akaun mereka. Cuba tanya mereka. Dapat ke tidak duit itu. Tanya juga En Salim, Mr Lim, Mr Kumar mereka terima atau tidak subsidi upah yang disalurkan kepada syarikat-syarikat mereka. Kalau semua dapat, mana mungkin wang itu diseleweng oleh saya,” katanya, sinis. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi