web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekurangan Telur: Kerajaan Kenal Pasti Sumber Luar, Tampung Bekalan Dalam Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Dec 2022 4:07PM

Mohamad berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan bahan itu tidak terputus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan telah mengenal pasti beberapa sumber luar untuk menampung keperluan bekalan telur dalam negara pada kadar segera.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu adalah pelan jangka pendek bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. 

Menurut beliau, pihaknya akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. 

“Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

“Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam sebagai sumber protein yang popular dalam kalangan rakyat, dengan kadar penggunaan purata sebanyak 968 juta biji sebulan,” katanya hari ini.

Mohamad Sabu - Gambar fail
Mohamad Sabu - Gambar fail

Jelas Mohamad, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan bahan itu tidak terputus, sekali gus menjaga kebajikan rakyat.

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar ini bagaimanapun akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

“Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha kementerian untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada,” katanya.

Langkah itu jelas beliau, termasuk meminta pihak Agrobank mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri.

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam kembali stabil dengan harga yang kompetitif. 

“Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2022






 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang