web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Selangor Dapat Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau RM1,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 12:05PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 19 Mei depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

"Kerajaan negeri juga bersetuju agar pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Mahabbah Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor, di sini hari ini. 

Amirudin berkata pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Selain itu katanya setiausaha MPKK dan petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat  anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam perkara lain, Amirudin berkata hingga 15 April lepas, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM853.31 juta atau 38.79 peratus daripada anggaran hasil bagi 2021 sebanyak RM 2.20 bilion, penurunan sebanyak 19.39 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah