web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pukul ‘Bodyguard’ Puasa: Ahli Perniagaan Didakwa Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 1:33PM

Chung Chee Yang dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan memukul dan mengugut 2 pengawal peribadinya. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang semalam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya menggunakan pistol, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat tuduhan memukul mangsa sama.

Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa atas empat pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dan Ahmad Shamsuri Zailani, 27, di lobi dan lif sebuah kondominium di sini, antara 8.40 dan 8.43 malam pada 13 April lepas.

Bapa empat anak itu didakwa mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Ashikin Mokhtar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dengan alasan kes ini menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan agama dan masyarakat secara keseluruhan.

“Kes ini antara majikan dan pekerja yang mana pekerja sepatutnya dilindungi dan dilayan secara berkemanusiaan. Kedua-dua mangsa juga telah lama berkhidmat dengan tertuduh, antara tiga dan tujuh tahun,” katanya.

Peguam Abdul Hakim Aiman yang mewakili Chung memohon jaminan rendah dengan mengambil kira tahap kesihatan anak guamnya dan jumlah tanggungan yang disara tertuduh.

"Anak guam saya menyara ibu bapa, isteri dan empat anaknya selain dia mempunyai penyakit kanser usus dan insomnia. Dia juga merupakan seorang ahli perniagaan yang banyak berjasa kepada masyarakat di Klang menerusi kerja amal di sekolah dan kuil," kata peguam itu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes. 

Semalam di Mahkamah Majistret Klang, tertuduh dan pembantu peribadinya Choo Hin Voon, 43, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan antaranya memukul dan mengugut mangsa sama menggunakan pistol.

Media sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa. - Bernama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka