web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemeriksaan Haid Cabul Hak Asasi Manusia - NGO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 3:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amalan pemeriksaan haid di sekolah disifatkan sebagai satu bentuk gangguan yang menyalahi hak asasi manusia, kata kumpulan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut kumpulan penegak hak asasi manusia yang terdiri daripada 27 NGO dan aktivis itu, pemeriksaan atau ‘spot check’ haid terhadap pelajar bukan saja tindakan menjatuhkan maruah malah ia tidak berperikemanusiaan.

Malah menurut mereka, tindakan itu juga adalah penyalahgunaan kuasa di atas nama menegakkan peraturan sekolah hingga mewujudkan suasana tidak selamat di institusi pendidikan.

“Segelintir daripada pelajar akan mengalami tekanan mental dan trauma kerana perasaan dicabuli ‘orang yang dipercayai’ hingga memberi kesan negatif kepada hubungan dengan pihak berkuasa di masa depan.

“Perbuatan keji yang dilakukan seseorang dengan menyalahgunakan kuasanya juga boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah," katanya lagi.

Menurut kenyataan bersama itu, perbuatan berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan  kerana  menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat mencabul kehormatan.

Jika disabitkan dengan kesalahan mencabul kehormatan, pelaku berdepan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman itu.

Kenyataan terbabit dikeluarkan secara bersama oleh kumpulan NGO hak asasi manusia dan aktivis antaranya, Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls); Safe Campus Initiative and Sabah Womens’s Action – Resource Group (SAWO); Sarawak Women for Women (SWWS); Sister in Islam (SIS) dan Women’s Aid Organisation (WAO).

Ia sebagai respon ke atas amalan pemeriksaan haid terhadap pelajar sekolah yang didakwa sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Isu berkenaan ternyata sudah menjadi barah, apabila beberapa bekas pelajar turut mengambil kesempatan mendedahkan pengalaman ‘ngeri’ mereka di media sosial, ketika berhadapan situasi itu.

Menurut ‘mangsa’, tindakan terbabit sering dilakukan guru di sekolah berasrama, termasuk asrama penuh.

Susulan dakwaan, Kementerian Pendidikan digesa menjelaskan pendirian berhubung perkara itu, yang dilihat sebagai satu bentuk gangguan seksual ke atas pelajar perempuan.

“Terdapat juga keperluan terhadap Kementerian Pendidikan untuk menyiasat institusi awam berkaitan, dan perlu ada arahan yang jelas berkenaan protokol pemeriksaan,” katanya. - Getaran, 23 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Cabul Murid Darjah 1, Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sarjan Wanita Didakwa Terima Suapan RM3,000 Bagi Tutup Kes Cabul

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Ditahan Bantu Kes Cabul 14 Pelajar OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah