web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Thailand Akan Putuskan Ke Mana Ahli Perniagaan Malaysia Akan Diekstradisi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:00AM

Teow Wooi Huat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Mahkamah Thailand akan memutuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat akan diekstradisi, selepas Malaysia turut memfailkan permohonan ekstradisi ke atas usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu pada 20 Disember.

Permohonan ekstradisi Malaysia didengar oleh Mahkamah Jenayah Bangkok pada Khamis.

Peguam Juti Suanraksa berkata pasukan pembelaan akan menyerahkan dokumen diperlukan untuk dia diekstradisi ke Malaysia.

“Kami ingin mengetahui mengapa Teow mesti diekstradisi ke China. Jika semuanya berjalan lancar, peluang Teow kembali ke Malaysia adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Teow ditahan pada 21 Julai tahun ini dan pada 1 Ogos dimaklumkan dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di China kerana menipu pelabur menerusi skim pelaburan meragukan.

Dia sedang dicari oleh Malaysia dan China dengan China terlebih dahulu memohon dia diekstradisi ke negara berkenaan.

Juti berkata pasukan peguam hari ini turut mempersoalkan mengapa sejak penahanannya Teow tidak pernah dimaklumkan mengapa visanya dibatalkan.

Teow, pengasas Kumpulan MBI, berada dalam tahanan Polis Imigresen Thailand lebih 150 hari selepas visanya dibatalkan pada 21 Julai. Sejak itu, dia menunggu pengusiran oleh pihak berkuasa Thailand.

Polis Beijing juga dilaporkan mahu dia disoal siasat susulan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.

Pada 25 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata pasukan itu dalam proses memohon agar Teow diekstradisi ke Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pada 4 Disember, penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn berkata Teow akan dihantar pulang sebelum akhir bulan ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia