web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kualiti Penyelidikan Klinikal Malaysia Antara Terbaik Di Asia Tenggara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 5:35PM

Dr Zaliha (dua dari kanan) menyaksikan perjanjian piagam yang ditandatangani oleh Dr Ken Lee (kanan) dan Dr Akhmal Yusof di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih pengiktirafan global apabila disenaraikan antara negara terbaik dalam bidang penyelidikan klinikal di Asia Tenggara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pencapaian itu adalah kejayaan di peringkat antarabangsa yang cukup membanggakan negara.

Menurutnya, ia membuktikan Malaysia mampu memberi nilai tambah intrinsik terhadap pemerhatian dan perkembangan hasil penyelidikan dalam bidang perubatan.

“Dengan bilangan (ramai) ahli penyelidik berpengalaman, program startup (sedang berkembang) penyelidikan menjadi lancar dan kepelbagaian tapak kajian, meletakkan Malaysia sebagai lokasi utama untuk penyelidikan klinikal antarabangsa.

“Data terkini menunjukkan kemajuan ketara dalam penyelidikan teknikal ditaja, termasuk hasil kerja bagus oleh penyelidik di lokasi kajian Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Piagam antara Syneos Health dan Clinical Research Malaysia (CRM) di KKM, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Ketua Rantau Asia Pasifik Syneos Health, Dr Ken Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof.

Zaliha berkata, pencapaian itu boleh dilihat apabila Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak meraih Global Top Recruiter dan First Recruiter serantau dalam empat penyelidikan pada tahun ini. 

Menurutnya, Hospital Ampang, Selangor dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor turut menerima Anugerah First Recruiter, malah Malaysia kini memiliki dua tapak penyelidikan bagi melaksanakan kajian ‘First in-Human’ yang diakreditasi Bahagian Regulatori Farmasi Negara. 

“Sejak tahun 2012, Malaysia sudah menjalankan lebih daripada 2,000 penyelidikan ditaja yang menyumbang kepada RM1 billion Pendapatan Negara Kasar melalui nilai kontrak kajian klinikal dijalankan. 

“Kita juga melihat pertumbuhan pantas dalam kerjaya profesional di dalam bidang penyelidikan klinikal di Malaysia dan hasil ini menyokong kepada perkembangan industri  sejak 10 tahun. 

“Kita juga tidak harus lupa nilai sebenar daripada hasil penyelidikan klinikal, iaitu akses kepada kajian inovatif oleh pesakit kita, terutamanya apabila semua rawatan sedia ada tidak lagi berkesan,” katanya. 

Mengulas mengenai kolaborasi antara CRM dan Syneos Health, Zaliha menegaskan, ia membuktikan kematangan industri penyelidikan klinikal ditaja di Malaysia.

Dengan kerjasama itu, beliau berkata, pihaknya dapat melancarkan proses penyelidikan klinikal dan memastikan kemahiran terbaik dapat digunakan di tapak kajian di negara ini. 

“Penting untuk kita memastikan hubungan akrab di antara pihak berkepentingan untuk negara memperbaiki dan meningkatkan kualiti kajian klinikal yang dijalankan. 

“Perjanjian ditandatangani pada hari ini akan memastikan tapak kajian KKM menjadi pilihan utama bagi Syneos Health, selain membuka peluang kepada kajian berfokus untuk kepentingan penyelidik,” katanya. 

Jelasnya, Malaysia juga akan dapat menambah baik proses kerja dalam merancang dan menjalankan penyelidikan

melalui perkongsian kemahiran antara tapak penyelidikan klinikal di negara lain, menerusi Site Catalyst Programme. 

“Perjanjian piagam ini merupakan antara usaha diambil dalam memperkasakan industri penyelidikan klinikal Malaysia dan misi Syneos Health untuk menambah baik kualiti hidup pesakit. 

“Kolaborasi berkenaan akan membuka pintu kepada pelbagai peluang dalam memperbaiki kualiti kajian klinikal dan penemuan perubatan atau rawatan baru,” katanya. - Getaran, 23 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula