web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Perkemas, Umum Semua Lantikan Politik Tak Lama Lagi - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 5:20PM

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Ramah Mesra di Kuil Sree Maha Kaliamman Bukit Kemuning, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Semua lantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikemas kini dan diumumkan secara serentak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut diambil selepas pelantikan mantan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA ditangguhkan.

“Ini dilakukan sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pengumuman bagi semua badan berkanun, GLC dan institusi lain di bawah bidang kuasa kementerian kerajaan yang akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Zahid berkata demikian pada majlis makan tengah hari di Batu 8, Shah Alam hari ini yang diadakan sebagai penghargaan terhadapnya kerana bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pada 16 Disember lalu, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA selepas mengambil kira permintaan wakil Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad.

Bagaimanapun, pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan pelantikan Ahmad Jazlan ditangguhkan.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid), bahawa pelantikan semula tersebut ditangguhkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, Rabu lalu.

Anwar berkata demikian selepas ditanya jika pelantikan semula tersebut melanggar arahan Kabinet untuk memberhentikan pelantikan politik sebagai Pengerusi dan Pengarah di GLC, berkuatkuasa 15 Disember lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga memberitahu bahawa Anwar mengarahkannya untuk menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup bagi menangani isu rakyat tersebut.

“Saya diminta Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup bersama dengan menteri berkaitan dan kementerian mereka, bagi menangani isu tersebut secara lebih berkesan,” katanya.

Ketika ini, negara turut mempunyai satu pasukan petugas peringkat persekutuan untuk menangani isu kos sara hidup, iaitu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). - Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah