web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Soalan Mengenai Anwar Dalam ‘Who Wants To Be A Millionaire India’ Tular

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 4:33PM

Klip rancangan 'Who Wants to Be a Millionaire' itu tular sejak beberapa hari lalu - Tangkapan layar video TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa membantu seorang warga India memenangi 640,000 rupee (RM34,204.42) selepas soalan mengenai Perdana Menteri Ke-10 itu ditanya dalam rancangan India, 'Who Wants to Be a Millionaire' (Kaun Banega Crorepati).

Satu klip rakaman rancangan permainan itu yang disiarkan pada 23 Disember menunjukkan pengurus kanan projek, Nipun Rajan dari Delhi menjawab dengan tepat soalan diajukan hos, Amitabh Bachchan mengenai Anwar.

Klip itu juga tular sejak beberapa hari lalu.

Amitabh: Di negara mana pada 2022, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri? Pilihan A: Iraq; B: Malaysia; C: Bahrain; D: Indonesia.

Nipun: Iraq, Malaysia, Bahrain, Indonesia. Dari nama-nama negara ini, beliau mungkin boleh dari mana-mana negara ini.

Tetapi saya mungkin telah membacanya di suatu tempat baru-baru ini. Jadi, saya ingin pilih B, Malaysia.

Amitabh: B, Malaysia. Mari kita kunci. Tuan, anda berkata tentang semua nama (negara), beliau boleh dari mana-mana daripada mereka.

Nipun: Ya.

Amitabh: Dan anda berkata bahawa anda ingin pilih ini. Anda telah membaca tentang ini?

Nipun: Ya, saya membacanya di suatu tempat.

Amitabh: Di manakah anda membaca tentangnya?

Nipun: Di internet.

Amitabh: Internet yang mana? (guraunya, menyebabkan orang ramai ketawa). Apa yang anda baca adalah jawapan yang betul. Tahniah.

Soalan mengenai Anwar adalah soalan ke-11 yang ditanya kepada Nipun.

Bagaimanapun, Nipun menarik diri daripada program itu selepas soalan nombor 12 kerana tidak berjaya memberikan jawapan tepat.

Walaupun begitu, beliau tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 640,000 rupee.

'Who Wants to Be a Millionaire' yang berasal dari United Kingdom (UK) mempunyai pelbagai versi di seluruh dunia.

Dalam versi India, bilangan soalan meningkat kepada 17 dengan hadiah berjumlah 7.5 crore (RM4,008,144.92). – The Vibes, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Politik 20 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri