web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerani, Pelajar IPTA Berputih Mata Jadi Mangsa Penipuan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:42PM

Seorang wanita kerugian RM13,721 selepas terpedaya dengan dengan tawaran kerja sambilan pembersihan pejabat yang diiklankan melalui Facebook. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kerani di Pahang kerugian RM13,721 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan pembersihan pejabat yang diiklankan melalui Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 38 tahun itu terlihat iklan tawaran kerja berkenaan di Facebook dan menghubungi seorang individu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. 

Menurut beliau, mangsa terbabit kemudiannya diminta untuk memuat turun aplikasi syarikat dengan diberikan nama pengguna dan kata laluan.

“Setelah mangsa mengisi butiran maklumat diri termasuk nombor kad pengenalan, telefon, nama serta email dalam aplikasi itu, didapati wang dalam akaun miliknya berkurangan sebanyak RM13,721.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam apabila menyedari wang miliknya lesap,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Ramli Mohamed Yoosuf  - Gambar fail
Ramli Mohamed Yoosuf - Gambar fail

Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata, seorang pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 18 tahun mengalami kerugian RM2,618 selepas menjadi mangsa penipuan penjualan tablet jenis iPad, semalam. 

Jelasnya, mangsa berminat membeli tablet berkenaan yang diiklankan di Facebook.

“Mangsa terlihat iklan penjualan iPad  berharga RM 2,618 di Facebook dan membuat bayaran secara atas talian sebagaimana diarahkan suspek. 

“Setelah pembayaran dibuat mangsa tidak memperolehi barang ditempahnya dan menyedari dirinya ditipu suspek,” katanya. 

Sehubungan itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat turun sebarang aplikasi yang mencurigakan. 

Malah katanya, orang ramai juga digesa untuk tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan.

“Pada masa sama, orang ramai turut dinasihatkan untuk berhati-hati apabila membuat pembelian barangan atas talian. 

“Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon melalui laman sesawang http:ccid.rmp.gov.my/semakmule/ supaya tidak menjadi mangsa penipuan atas talian," katanya. - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan