web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan 4WD Memotong Di Garisan Berkembar, Video Tular Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 8:42PM

IPD Daerah Bentong telah menjalankan siasatan awal untuk mengesan pemilik kenderaan 4WD yang tular memandu secara berbahaya dan akan memanggil pemandu berkenaan untuk memberi keterangan. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang tular memandu secara berbahaya apabila memotong di garisan berkembar di jalan lama Bentong-Kuala Lumpur, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan sedang giat dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan. 

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah menjalankan siasatan awal untuk mengesan pemilik kenderaan itu dan akan memanggil pemandu berkenaan untuk memberi keterangan. 

"Semakan awal mendapati kenderaan tersebut memiliki empat kesalahan trafik lampau, antaranya memandu dengan melebihi had laju," katanya hari ini. 

Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sekiranya disabitkan kesalahan tegasnya, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM15,000. 

"Saya memohon individu serta sesiapa jika melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya untuk tampil memberi maklumat.

"Pihak polis juga menasihati pemandu terbabit supaya hadir ke pejabat BSTPD Bentong bagi membantu siasatan," katanya.

Semalam, tular di media sosial sebuah 4WD memotong kenderaan di laluan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu 4WD terbabit. - Getaran, 1 Januari 2023.







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula